header EN031019 

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

1. A social strategy : How we profit from social media

A Social strategy

Pengarang : Mikolaj Jan Pskorski

Imprint : United Kingdom : Princeton University Press , 2014

Mukasurat : 275 ms

Sinopsis:

Almost no one had heard of social media a decade ago, but today websites such as Facebook, Twitter, and LinkedIn have more than 1 billion users and account for almost 25 percent of Internet use. Practically overnight, social media seems indispensable to our lives—from friendship and dating to news and business.

What makes social media so different from traditional media? Answering that question is the key to making social media work for any business, argues Miko?aj Piskorski, one of the world's leading experts on the business of social media. In A Social Strategy, he provides the most convincing answer yet, one backed by original research, data, and case studies from companies such as Nike and American Express.

Drawing on his analysis of proprietary data from social media sites, Piskorski argues that the secret of successful ones is that they allow people to fulfill social needs that either can’t be met offline or can be met only at much greater cost. This insight provides the key to how companies can leverage social platforms to create a sustainable competitive advantage. Companies need to help people interact with each other before they will promote products to their friends or help companies in other ways. Done right, a company’s social media should benefit customers and the firm. Piskorski calls this "a social strategy," and he describes how companies such as Yelp and Zynga have done it.

Groundbreaking and important, A Social Strategy provides not only a story- and data-driven explanation for the explosion of social media but also an invaluable, concrete road map for any company that wants to tap the marketing potential of this remarkable phenomenon.

2. Devilish Delilah 

Devilish Delilah

Pengarang : Rin Ahmad 

Imprint : Shah Alam : Grup Buku Karangkarf , 2019

Mukasurat : 362 ms

Sinopsis:

Delilah seorang playgirl, tak pernah serius dalam hubungan dan akan memutuskan hubungan dengan pasangannya sesuka hatinya. Pertemuan pertama Delilah dengan Ezaq ialah di sebuah hotel. Masing-masing dengan urusan sendiri, tapi cukup untuk meninggalkan kesan. Malangnya, Delilah sudah mempunyai kekasih.

Ezaq tetap menjejak Delilah walaupun tahu dia sudah berpunya dengan alasan membayar baki upah kerana menolongnya semasa migrain tempoh hari. Namun, layanan Delilah sangat dingin dan cubaan menghadiahi Delilah sebuah kereta yang sebenarnya dibelikan untuk ibunya gagal.

"Encik Ezaq, apa yang awak buat ni satu kerja gila. Your Christian Grey style is an epic fail. I'm not Ana. I'm Delilah. Yes, D is for Delilah."

Delilah menolak mentah-mentah membuatkan Ezaq lagi tertarik dengan Delilah. Sementara itu, Delilah yang baru menamatkan zaman universiti diasak oleh kekasih hatinya, Zairi untuk berkahwin sedangkan Delilah kurang berminat untuk melangkah ke alam perkahwinan. Apatah lagi dia pernah menyaksikan realiti perkahwinan ibunya yang bagi Delilah ialah sebuah kecurangan dan kegagalan. Selepas kematian bapanya dan ibunya berkahwin lain, hubungan kekeluargaan mesra tak wujud dalam kamus hidup Delilah.

“Dia anggap awak seperti musuh dia, bukannya seperti seorang ibu. Saya yang pening tengok drama dalam rumah ni. Reality is bitter. Dia dah besar. Dia patut belajar kawal emosi sendiri.” – Dr. Syed (Bapa tiri Delilah)

“Bukan macam tu, Del. Before we settle down, it’s good if we both have a great career. That’s an ultimate relationship goal right?” – Zairi

“So isunya sekarang ialah I tak bersedia nak kahwin atau sebab I tak kerja lagi? It’s only been a month for God sake. Jobstreet tu bukan robotlah nak proses resume I je. I pun belum konvo lagi. Tolonglah realistik sikit. Kerja dengan you je tak payah tunjuk sekeping ijazah.” – Delilah

Pertemuan seterusnya dengan Ezaq sebagai pemilik restoran Les Vive membuat Delilah mengambil keputusan mendadak. Dia sanggup bekerja sebagai Virtual Customer Service di Les Vive. Ezaq tahu Delilah berasal daripada golongan elit dan kerja ini tidak sesuai dengan Delilah, tapi tetap menawarkan jawatan tersebut kepada Delilah. Maka bermulalah pelbagai kisah yang makin merapatkan hubungan mereka sehinggalah Delilah akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan Zairi apabila mengetahui kecurangan Zairi dan hubungan mereka tidak direstui oleh ibu Zairi.

3. How the Internet became commercial

How to Internet became commercial

Pengarang : Shane Greenstein        

Imprint : Prineton : Princeton University Press , 2015

Mukasurat : 474 ms

Sinopsis :

In less than a decade, the Internet went from being a series of loosely connected networks used by universities and the military to the powerful commercial engine it is today. This book describes how many of the key innovations that made this possible came from entrepreneurs and iconoclasts who were outside the mainstream―and how the commercialization of the Internet was by no means a foregone conclusion at its outset.

Shane Greenstein traces the evolution of the Internet from government ownership to privatization to the commercial Internet we know today. This is a story of innovation from the edges. Greenstein shows how mainstream service providers that had traditionally been leaders in the old-market economy became threatened by innovations from industry outsiders who saw economic opportunities where others didn't―and how these mainstream firms had no choice but to innovate themselves. New models were tried: some succeeded, some failed. Commercial markets turned innovations into valuable products and services as the Internet evolved in those markets. New business processes had to be created from scratch as a network originally intended for research and military defense had to deal with network interconnectivity, the needs of commercial users, and a host of challenges with implementing innovative new services.

How the Internet Became Commercial demonstrates how, without any central authority, a unique and vibrant interplay between government and private industry transformed the Internet.

4. Isteriki Bidadari : 11 Kaedah Membimbing Keluarga

Isteriku Bidadari

Pengarang : Ebit Lew 

Imprint : Bandar Baru Bangi : Transform Publication , 2016

Mukasurat : 405 ms  

 

Sinopsis :

Setiap insan mengimpikan kebahagiaan namun dalam semangat dan keghairahan mengejar bahagia kita terlupa bahawa kebahagiaan datang daripada hati yang dipenuhi keimanan dengan melahirkan sifat membahagiakan orang lain. Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga. Kebahagiaan kita kecapi mencerminkan sebanyak mana kemampuan diri kita membahagiakan pasangan dan anak – anak. Ramai yang mengejar bahagia hanya untuk diri sendiri tanpa ada keinginan untuk membahagiakan orang lain. Bahagia yang di cari penderitaan yang menjengah. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang dikutip daripada 1001 kisah rumahtangga sepanjang menganjurkan seminar Keluarga Sunnah dan pelbagai program kekeluargaan. Kisah rumahtangga tidak mampu diterangkan dengan ilmiah kerana melibatkan akal fikiran yang dibalut tebal dengan emosi. Maka semua kisah dan pengalaman dibukukan menjadi coretan emosi untuk panduan dan tauladan bagi yang ingin meraih kebahagiaan.

5. Kembali mencintai

Kembali Mencintai

Pengarang : Syamnuriezmil      

Imprint       : Bandat Tun Hussein Onn : Penerbitan Karyaseni , 2018

Mukasurat : 864 ms  

 

Sinopsis :

Hanya kerana mahukan sebuah dewan sekolah bagi memudahkan anak muridnya belajar, Thiya terpaksa menyamar menjadi calon menantu Tengku Fareha untuk anaknya, Tengku Faal Haris... Yang merupakan ‘seorang’ buaya! Mulanya, Thiya ingatkan penyamaran itu dah kantoi apabila Tengku Fareha betul-betul muncul. Sekali... Tengku Fareha pun mula berlakon. Rupa-rupanya, Tengku Fareha ada agenda lain! Tengku Fareha menyuruh Thiya terus menyamar dan... Terpaksalah Thiya bertahan dengan Tengku Faal. Pelbagai cara yang Tengku Faal cuba buat untuk Thiya menyerah kalah untuk tidak menjadi calon menantu Tengku Fareha. Tapi bukan Thiya la yang mempunyai hati sekental dinosaur untuk menyerah kalah dengan ‘seorang’ buaya!

“I nak tahu juga you ni spesies dinosaur yang mana. So that, I boleh tahu cara untuk pupuskan you dan keturunan you!” – Tengku Faal

Tengku Faal akhirnya berjaya mencari kelemahan Thiya. Thiya rupa-rupanya anak Tan Sri Thaqif. Tan Sri Thaqif pula kagum dengan Tengku Faal yang pandai menguruskan syarikatnya sendiri. Lagilah mudah untuk Tengku Faal menyuruh Thiya mengaku kalah. Baru sahaja Thiya nak berbaik dengan ayahnya...

Takkan nak bergaduh semula gara-gara tak mahu dikahwinkan dengan Tengku Faal? Nak tak nak terpaksalah Thiya mengundur diri. Ingatkan apabila dinasour dah mengaku kalah, buaya dah menang... Cerita itu terhenti di sini. Tiba-tiba Tengku Faal pula beria-ia nak dijodohkan dengan Thiya. Dia memberikan Thiya tiga minggu untuk buat keputusan.

“Saya tak tahu apa agenda awak, Tengku Faal. Tapi apa yang saya tahu... If you treat me like a game, I'll show you how to play!” - Thiya

“So, I'll treat you like my queen... Will you treat me like your king?” – Tengku Faal

Muncul pula Firas Amsyar, membuatkan Tengku Faal lebih berusaha untuk meyakinkan Thiya yang dia adalah jodoh pilihan untuk Thiya. Bukannya Firas Amsyar, lelaki yang pernah berada dalam hati Thiya suatu ketika dulu sebelum menghilang. Thiya akhirnya memutuskan untuk menerima Tengku Faal dengan syarat dia bersetuju dengan syarat taklik tambahan yang dikenakan untuk membuktikan yang Tengku Faal betul-betul sudah berubah.

“Oleh sebab, abang sayangkan Thiya dan abang yakin kita ada jodoh, abang setuju dengan apa aje syarat yang Thiya kenakan. Asal jangan tinggalkan abang sudah.”

Tetapi... Nama pun buaya kan, mana mungkin akan berubah makan kubis!

“Saya sabitkan dan sahkan jatuh talak satu kali pertama ke atas Plaintif Thiya binti Tan Sri Thaqif berjumlah satu talak bermula pada hari ini.” Mungkinkah Thiya akan memberi peluang kepada Tengku Faal untuk kembali mencintai? Atau... Thiya kembali mencintai Firas Amsyar?

“Thiya plan apa lepas ni? Thiya jangan risau. Fir ada. Anything that you need... Fir boleh tolong. Fir tak mengharapkan apa-apa.” - FIRAS AMSYAR

Kerana... Peluang kedua itu tidak akan bermakna kalau tidak belajar daripada peluang pertama.

6. Kerjaya Dalam Bidang Alam Bina

Kerjaya Dlm Bidang Alam Bina

Pengarang : Hafazah Abdul Karim          

Imprint       : Ampang : Pekan Buku , 2019

Muka surat : 204 ms

 

Sinopsis :

Pembangunan sesebuah negara memerlukan penglibatan dari ramai pihak termasuklah ahli professional dalam bidang alam bina. Bidang alam bina menjadi pelbagai pengkhususan yang menjururs kepada aspek perancangan pengurusan, rekabentuk, pembinaan, pemantauan dan lain-lain.

Buku ini memberi satu pendedahan secara komprehensif mengenai setiap kerjaya yang dikupas sehinggalah peringkat bekerjaya sebagai professional yang diiktiraf. Bilangan kerjaya yang dikupaskan dalam buku ini meliputi sepuluh bidang iaitu seni bina : seni bina dalaman; perancangan bandar, sains ukur dan geometik; pengurusan binaan ; penilaian dan pengurusan hartanah; ukur bahan, ukur bangunan ; seni bina landskap dan pengurusan taman dan ameniti

Maklumat yang terdapat dalam buku ini amat berguna kepada pelbagai pihak termasuk pelajar sekolah, guru dan pendidik, ibu bapa, pelajar univeristi dan orang awam.

 

7. Land Development On Highland Areas

Land Development On Highland Areas

Pengarang : Anuar Alias        

Imprint : Kuala Lumpur : University Malaya Press , 2018

Muka surat : 163 ms.

Sinopsis :

this book focuses on land development on highland areas. It
discusses land use planning, laws and regulations pertaining
to land development on highlands. The increasing cases of
development failures on highland areas have led to the need for
the authorities and professionals to explore and find solutions to
mitigate the problems. The main aim of this book is to compare
the issues and process of land development on highland areas
between Malaysia and Hong Kong.
Hong Kong is chosen for benchmarking, based on its
success in managing highland developments. The discussion
aims to gauge the effectiveness of land development legislation
and development approaches for highland development. From
the comparison made, it appears that in Malaysia, the land
development mechanism on highlands is still in the infancy stage
whereby current property laws and regulations still fail to achieve
highland development standards compared with Hong Kong.
Thus, a practical framework is suggested to ensure the land
development on highlands in Malaysia will be at a similar standard
as the Hong Kong mechanism in managing highland development

 

8. Rangka Kerja Perancangan Bandar Di Malaysia  

Rangka Kerja Perancangan Bdr di Malaysia

Pengarang : Faizah Ahmad    

Imprint : Kuala Lumpur : University Malaya , 2014

Muka surat : 146 ms

Sinopsis :

Profesion Perancangan Bandar adalah sangat penting untuk memastikan kemapanan pembangunan tanah. Kefahaman asas yang mantap dan kebolehan mempraktikkan ilmu perancangan bandar dalam merancang, mengurus dan mengawal pembangunan tanah diperlukan oleh semua pihak yang terlibat dengan pembangunan tanah sama ada di sektor awam mahupun swasta. Buku yang mengandungi enam bab ini memberi penerangan tentang definisi perancangan bandar hinggalah kepada aspek amalan perancangan bandar di Malaysia. Bab-bab telah disusun memberikan fokus kepada sistem dan proses perancangan di Malaysia dengan menyingkap sedikit rentetan sejarah yang membawa kepada sistem perancangan sedia ada. Diharapkan penyusunan bab-bab tersebut memudahkan pembaca memahaminya dan membuat rujukan seterusnya. Penulis mengharapkan agar buku ini dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada para pensyarah, pelajar-pelajar yang berkaitan dengan perancangan bandar, pengamal perancang bandar dan pentadbir bandar amnya. Gabungan sorotan karya dan pengalaman penulis merupakan kekuatan buku ini.

 

9. Reflections On Malaysian Economics Policies

Reflection on Malaysian Economics

Pengarang : Sulaiman Mahbob i        

Imprint : Kuala Lumpur : University Malaya , 2018

Muka surat : 276 ms

Sinopsis :

This book contains various articles written by Sulaiman Mahbob in the local media, especially in the New Straits Times and The Star. The topics covered are wide ranging, reflecting the concerns of the country particularly in the fields of development planning and national economic management. Like other emerging nations,  Malaysia aims to reach a developed country status and in that endeavour, it has to equally address social issues such as poverty and inequality, and fiscal  management issues such as budget deficits.


Sulaiman has tried to explain the background of the economic policies and the thinking behind the processes of policy formulation in Malaysia. In many instances, one may discover that the concern for reducing inequality in the country and the reason for significant public sector presence in the economy are related to Malaysia’s belief in economic growth with distribution.


 Sulaiman has served the Malaysian Civil Service for over 38 years, mainly in the Economic Planning Unit (EPU) of the Prime Minister’s Department and the Ministry of Finance. He headed the Secretariat of the National Economic Action Council during the East Asian Financial Crisis in 1997/1998 during which time, Malaysia implemented capital control and the pegging of the Ringgit.  He is now the Chairman of Telekom Malaysia and the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) as well as a member of the Board of Bank Negara Malaysia. He is also an Adjunct Professor at the University of Malaya (INPUMA), and at the Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak). 

 

10. Teknologi Dan Pengurusan Penyenggaraan Bangunan  

Teknologi dan Penyenggaraan Bangunan

Pengarang : Azlan Shah Ali          

Imprint : Kuala Lumpur : University Malaya , 2013

Muka surat : 116 ms

Sinopsis :

Penggunaan teknologi yang terkini dan bersesuaian dapat memenuhi piawaian yang dikehendaki klien, selain disokong dengan perancangan pengurusan penyenggaraan yang cekap dan teratur sudah pasti matlamat penyenggaraan itu dapat dicapai keseluruhannya. Penulisan buku ini bertujuan mengetengahkan teknologi penyenggaraan terkini yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti penyenggaraan bangunan yang dilaksanakan. Dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian, bangunan yang diselenggara dapat berfungsi dengan baik di samping kos keseluruhan jangka panjang yang rendah. 
Selain itu, buku Teknologi dan Pengurusan Penyenggaraan Bangunan ini juga menekankan kaedah-kaedah pengurusan penyenggaraan yang perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyenggaraan. Perancangan pengurusan yang tepat amat penting sebelum kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan agar tidak membazirkan masa dan kos. Kandungan buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar sekolah serta penuntut di universiti dalam bidang Alam Bina berkaitan, pemilik bangunan, pembuat dasar, pihak berkuasa tempatan mahupun pihak yang terlibat melaksanakan kerja penyenggaraan bangunan.