header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

Dana NAPREC

 

INSPEN telah diamanahkan sebagai penyelaras dalam mengurus dan mengagihkan dana penyelidikan yang diluluskan oleh kerajaan di setiap Rancangan Malaysia. Objektif utamanya adalah mengurus pengagihan dana penyelidikan dalam bidang harta tanah kepada organisasi penyelidikan harta tanah. Sejak Tahun 2002, INSPEN adalah Koordinator Kebangsaan dalam penyelidikan harta tanah dan dikenali sebagai National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). Sebagai Koordinator, unit ini menyelaraskan dan mengurus dana untuk menjalankan penyelidikan harta tanah dengan mengenal pasti isu utama yang perlu dibuat penyelidikan dalam industri harta tanah.

 

Sehingga kini, terdapat lebih 140 projek penyelidikan telah dihasilkan meliputi 5 bidang utama NAPREC iaitu :

  • Real Estate Development and Finance (REDF)
  • Real Estate Valuation (REV)
  • Real Estate Laws and Policies (RELP)
  • Real Estate Industry Analysis Studies (REIAS)
  • Real Estate Management and Services (REMS)

 

Di samping itu juga promosi tentang peruntukan dana yang disediakan dan hasil kajian juga dijalankan bagi memperluaskan hebahan hasil penyelidikan kepada penggiat industri harta tanah melalui kaedah bersesuaian.

 

Untuk memperluaskan penyebaran hasil kajian kepada penggiat industri harta tanah, terdapat beberapa langkah telah diambil selain mengadakan seminar atau bengkel sebagai platform untuk menghebahkan hasil kajian kepada penggiat industri harta tanah. Hasil kajian dipaparkan melalui media sosial atau laman web rasmi yang boleh diakses oleh penggiat industri harta tanah. Hasil kajian turut disebarkan melalui persatuan atau organisasi yang berkaitan dengan industri harta tanah. Dengan mengambil tindakan ini, diharapkan hasil kajian dapat lebih mudah diakses dan dimanfaatkan oleh penggiat industri harta tanah. Oleh itu, penyelidikan yang akan dihasilkan bertepatan dengan keperluan semasa industri harta tanah.

 

Klik sini untuk ke Senarai Projek NAPREC yang telah siap.

SENARAI PROJEK NAPREC YANG TELAH SIAP

 

ADVERTISEMENT: 12TH MALAYSIA PLAN NAPREC RESEARCH FUND 2024/2025

 

Poster Dana NAPREC (hebahan) (1)

 

APPLICATION FOR NATIONAL REAL ESTATE RESEARCH COORDINATOR (NAPREC) GRANT UNDER 12th MALAYSIAN PLAN

 

The National Institute of Valuation (INSPEN) would like to invite all local researchers to submit research proposal in real estate area to obtain grant managed by the National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). These funding facilities are made available under 12th Malaysian Plan.

Application is also open for research duration of one (1) year as time frame of project completion. Priority is given to the research proposals which are of interest and significant to National Key Result Area (NKRA) and Real Estate Valuation.

 

Further information, please contact:

Pn Norain Abdul Hamid (03-8911 8709)
En Mohd Sharil Razali (03-8911 8618)
Pn Haryani Hamzah (03-8911 8629)
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.