IKLAN : DANA PENYELIDIKAN NAPREC RMK-12 BAGI TAHUN 2023/2024
PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN HARTA TANAH NEGARA (NATIONAL REAL ESTATE RESEARCH COORDINATOR, NAPREC), DI BAWAH RMK-12
Institut Penilaian Negara (INSPEN) mempelawa para penyelidik dari seluruh negara untuk mengemukakan Cadangan Penyelidikan dalam bidang Harta Tanah bagi mendapatkan dana National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). Dana tersebut adalah di bawah Rancangan Malaysia Kedua belas (RMK-12).
Permohonan juga adalah terbuka untuk penyelidikan berskala dalam lingkungan RM50,000 -RM100,000 dan tempoh masa untuk menyiapkan projek penyelidikan adalah 12 bulan hingga 18 bulan. Keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang memberi impak kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
- Tarikh Tutup: 26 SEPTEMBER 2022 (Khamis)
- Muat Turun Garispanduan NAPREC
- Muat Turun Borang Permohonan Geran
- Muat Turun Topik Penyelidikan Berkaitan (2023)
NOTIS PENTING!
1) Pemohon DIGALAKKAN memilih topik yang dicadangkan oleh NAPREC
2) Pemohon boleh mengemukakan lebih daripada satu cadangan, tetapi borang penyertaan berasingan diperlukan untuk setiap bidang penyelidikan
3) Peruntukan dalam lingkungan RM50,000 - RM100,000 (permohonan bergantung kepada kelulusan panel)
4) Tempoh projek penyelidikan : 1- 2 tahun
5) Ketua Projek Penyelidikan MESTI warganegara Malaysia yang mempunyai PHD
6) Bagi pemohon bukan ahli akademik yg ingin memohon perlu berkolaborasi dgn ahli akademik dan permohonan perlu dibuat melalui Universiti
7) Curriculume Vitae (CV) setiap ahli kumpulan hendaklah disertakan bersama
8) Projek boleh dikemukakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris; dan
9) Tarikh tutup 26 September 2022 (Isnin) jam 5.30 petang.
Keterangan lanjut, sila hubungi:
Pn Norain Abdul Hamid (03-8911 8709)
En. Mohd Sharil bin Razali (03-89118618)
Puan Haryani Hamzah (03-8911 8629)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.