header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

Persidangan NAPREC Ke-16 Tahun 2021

1 September 2021

Persidangan NAPREC ke-16 telah berlangsung pada 1 September lalu dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sr A’zmi bin Abdul Latif (Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, JPPH). Persidangan yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi INSPEN, diadakan secara dalam talian bagi mengikuti SOP Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan kerajaan kerana wabak Covid-19.

Persidangan yang turut dihadiri Yang Berusaha Sr Abdul Razak bin Yusak (Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, JPPH) dan Y.Brs Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari (Pengarah INSPEN) menampilkan sebanyak 4 projek penyelidikan yang telah dibentangkan.

Para pembentang terdiri daripada Professor Madya Dr. Rohaya binti Abdul Jalil dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Professor Sr Ts Dr. Ting Kien Hwa, Professor Madya Dr. Mohd Nazir bin Md Zabit dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Professor Dr. Sr Wan Nor Azriyati binti Wan Abdul Aziz.