header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

Pembangunan Profesional

Pengenalan

Selamat Datang ke Pusat Pembangunan Profesional

Pusat Pembangunan Profesional

INSPEN merupakan sebuah institusi yang mengendalikan latihan dalam perkhidmatan. INSPEN adalah satu-satunya pusat latihan yang menawarkan latihan dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta di Malaysia.

Latihan ditawarkan kepada semua yang terlibat dalam industri harta tanah dari sektor awam atau swasta.

Pusat Pembangunan Profesional yang dahulunya dikenali dengan Pusat Latihan telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia International Organisation For Standardization daripada SIRIM Berhad untuk pensijilan MS ISO 9001:2000 (sekarang, MS ISO 9001:2015).

Dasar Kualiti Pusat Pembangunan Profesional ialah :

  • INSPEN akan memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, sesuai dengan kehendak pelanggan, dan menepati keperluan industri harta tanah dengan memberi penekanan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan.

Objektif Kualiti Pusat Pembangunan Profesional ialah :

      1. Mengendalikan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun.

      2. Mengedar Program Latihan Tahunan kepada pelanggan pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.

      3. Memastikan purata pencapaian objektif setiap program latihan mencapai sekurang-kurangnya 80%.

      4. Memastikan purata pencapaian prestasi pensyarah mencapai sekurang-kurangnya 80%.

Kata Aluan Ketua Pusat Pembangunan Profesional

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Laman Web Pusat Pembangunan Profesional.

Pusat Pembangunan Profesional telah membuat perancangan program latihan INSPEN dengan mengambilkira keperluan staf JPPH Malaysia khususnya dan penggiat dalam bidang harta tanah amnya. Program latihan ini telah dirumus berasaskan kepada Analisa Keperluan Latihan (Training Needs Analysis), Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan, maklumbalas daripada Pihak Pengurusan JPPH dan Panel Kurikulum Jabatan serta selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Pusat Pembangunan Profesional akan berusaha untuk memberi perkhidmatan latihan yang terbaik dan berharap perancangan aktiviti latihan ini akan dapat membangunkan warga kerja yang lebih kompeten dan berwawasan.

Pusat Pembangunan Profesional mengalu-alukan kehadiran warga JPPH, warga kerja jabatan/ agensi kerajaan dan badan berkanun serta penggiat bidang harta tanah untuk menyertai program latihan di INSPEN.

 

Fadzilah Binti Abd Hamid

Ketua Pusat Pembangunan Profesional

Institut Penilaian Negara (INSPEN)

Struktur Organisasi
Unit Pembangunan dan Kepakaran

Unit Pembangunan dan Kepakaran bertanggungjawab dalam menyediakan latihan dalam perkhidmatan dan lain-lain program khusus untuk industri harta tanah. Selain itu, unit ini turut menyediakan perundingan dan kepakaran dalam latihan yang berkaitan dengan harta tanah.

Objektif

       1. Untuk menyediakan dan membangunkan modal insan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), agensi awam dan penggiat industri harta             tanah dalam menghadapi cabaran, melalui penyediaan program latihan dalam penilaian dan perkhidmatan hartanah.   

       2. Untuk membangunkan modal insan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan agensi awam dalam meningkatkan kemahiran                             pentadbiran dan pengurusan melalui penyediaan program latihan dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan teknologi maklumat.  

Fungsi

      1. Mengadakan program latihan profesional dan teknikal untuk jabatan, agensi kerajaan dan penggiat industri harta tanah.

      2. Menyediakan perkhidmatan latihan dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta kepada agensi luar

      3. Menyediakan latihan dan program dalam perkhidmatan dalam bidang pengurusan, pentadbiran, kewangan dan teknologi maklumat.

Program yang ditawarkan

1. Penilaian & Perkhidmatan Harta

Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam penilaian harta tanah. Fokus latihan dalam bidang penilaian termasuk penilaian harta tanah secara terperinci, kemahiran dalam menjalankan penilaian untuk tujuan yang berbeza dan pendedahan kepada isu semasa dalam industri hartanah. Latihan telah diperluaskan mengikut keperluan semasa seperti penilaian loji jentera & peralatan, penilaian intelektual (IP), business valuation dan penilaian sumber alam.

Dalam bidang perkhidmatan harta pula latihan tertumpu pada pengurusan hartanah, kajian kemungkinan, amalan agensi hartanah, pengurusan projek dan sebagainya.

Penyertaan kepada program ini dibuka kepada kumpulan pengurusan dan profesional (Pegawai Penilaian) dan kumpulan sokongan (Penolong Pegawai Penilaian dan Pembantu Penilaian) di JPPH, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain. Di mana perlu, penyertaan juga diberikan kepada penilai sektor swasta dan profesional lain dalam industri hartanah.

2. Pengurusan Data dan Penyelidikan

Program ini adalah antara bidang penting yang perlu diberi laluan dalam melaksanakan tugas dan peranan penilai. Latihan dalam kedua program ini turut ditawarkan khususnya dalam membangunkan pegawai yang mahir dalam menguruskan data NAPIC dan melaksanakan penyelidikan dalam bidang harta tanah.

3. Pembangunan Profesional

Program ini diwujudkan untuk membangunkan para profesional harta tanah di negara ini. Tumpuan diberikan kepada peningkatan pencerdasan minda dan pemahaman  perubahan semasa dalam industri harta tanah. Program latihan yang disediakan juga mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus.

4. Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)

Program ini berada di bawah naungan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Penyertaan program ini dibuka kepada semua negara ASEAN dan negara membangun. Objektif utama program ini adalah untuk mempromosi dan menyumbang kepada pembangunan negara-negara peserta melalui pertukaran pengetahuan dan pengalaman, pengumpulan sumber dan pembangunan kapasiti khususnya dalam bidang harta tanah.

Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang penilaian harta tanah.

5. Pengurusan & Pentadbiran

Program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kakitangan dan pegawai di semua peringkat dalam jabatan. Program yang disediakan lebih tertumpu  kepada perkembangan sikap positif, motivasi serta ketahanan fizikal dan mental di samping memantapkan pegawai menjadi penjawat awam yang cemerlang.

Latihan yang disediakan dalam pengurusan adalah kepimpinan, perancangan strategik, penyelesaian masalah, pembangunan diri dan motivasi.

Program pentadbiran pula disediakan untuk melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dan sesuai dengan tugas harian pejabat seperti kewangan, pentadbiran kerajaan seperti pengurusan sumber manusia dan sebagainya.

Kakitangan teknikal dan bukan teknikal dari bahagian sokongan jabatan dan agensi kerajaan lain adalah dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam program ini.

6. Teknologi maklumat

Program ini disediakan untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT, sejajar dengan kemajuan perkembangan IT di negara ini dan secara global. Usaha sedang dibuat untuk mengubah jabatan ke dalam organisasi celik komputer.

7. Program Induksi Umum dan Khusus

Program khas yang disediakan oleh INSPEN untuk staf baru di JPPH. Program ini bertujuan untuk membiasakan kakitangan dengan keperluan khusus kerajaan dan jabatan, sebelum pengesahan kepada jawatan masing-masing.

Unit Pengurusan Latihan

Unit Pengurusan Latihan diwujudkan pada tahun 2017 dengan tujuan untuk menguruskan aktiviti selain kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan latihan. Unit ini juga bertanggung jawab ke atas kualiti program latihan sebagai penyelaras Sistem Pengurusan Kualiti INSPEN dalam pelaksanaan MS ISO 9001 secara berterusan.

Objektif

      1. Untuk menyediakan jurulatih yang kompeten dan mempunyai kepakaran dalam bidang khusus melalui latihan di dalam dan luar negara dan 

           pembangunan SME. 

      2. Untuk memastikan kualiti Sistem Pengurusan MS ISO 9001 INSPEN sentiasa dikekalkan mengikut perubahan semasa

Fungsi

     1. Membangunkan Panel Perunding Jabatan PPJ sebagai jurulatih melalui pembangunan  bidang keutamaan penilaian dan perkhidmatan harta 

          termasuk pembangunan pengurusan dan teknologi maklumat.

     2. Menyediakan latihan dalam dan luar negara serta latihan penempatan untuk PPJ supaya lebih kompeten dalam memberi input

     3. Memastikan kualiti program latihan melalui penambahbaikan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001 secara berterusan

     4. Menguruskan mesyuarat dasar, pentadbiran dan kewangan pusat dengan berkesan