header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

Pengenalan, Objektif & Waktu Perkhidmatan

PENGENALAN

Perpustakaan INSPEN bertindak sebagai pusat sumber negara yang mengumpul maklumat-maklumat mengenai Penilaian dan Pengurusan Harta Tanah di samping memberi berbagai perkhidmatan kepada pegawai dan kakitangan INSPEN serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

OBJEKTIF

  • Berfungsi sebagai Pusat Maklumat dan Rujukan kepada kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia, kakitangan INSPEN dan para peserta kursus.
  • Membantu dan memberi sokongan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di dalam menjalankan penyelidikan dan penyimpanan serta pengumpulan yang berkaitan dengan Penilaian dan Harta Tanah.
  • Berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan khusus di dalam bidang penilaian dan harta tanah.

WAKTU PERKHIDMATAN

Hari
Waktu Perkhidmatan
Isnin – Jumaat
8.30 pagi – 6.00 petang
Jumaat Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang
Sabtu, Ahad, & Cuti Am
Perpustakaan Tutup

Waktu pembukaan selain daripada waktu di atas adalah mengikut keperluan dan atas permintaan pelanggan.

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN

1.  Pinjaman Bahan

2.  Pertanyaan Rujukan

3.  Penyediaan Bibliografi

4.  Pinjaman Antara Perpustakaan

5.  Katalog Atas Talian (OPAC – Online Public Access Catalogue)

6.  Indeks Majalah (IRS – Information Retrieval Service)

7.  Sebaran maklumat terpilih

8.  Pangkalan Data Elektronik :-

i. Emerald ( http://www.emeraldinsight.com/ft )

ii. Lawnet ( http://www.lawnet.com.my )

iii. MLJ  (http://www.lexisnexis.com.my)

Koleksi

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Koleksi Perpustakaan INSPEN sehingga kini adalah seperti berikut:

- Buku/Monograf/Koleksi Khas : 30,862 naskhah
- Jurnal/Majalah : 42 judul
- Pita Video : 1,186 unit
- VCD + CD : 3,136 unit

Koleksi Rujukan
Koleksi ini merupakan bahan rujukan seperti kamus, ensaiklopedia, atlas, buku panduan, bibliografi, indeks dan abstrak dan semua bahan yang bertanda ‘R’. Bahan ini hanya boleh dirujuk di Perpustakaan sahaja.

Koleksi Umum

Koleksi ini meliputi pelbagai perkara khususnya mengenai penilaian, harta tanah, pengurusan, ekonomi, kewangan dan terbitan kementerian serta jabatan. Bahan ini boleh diakses di rak terbuka bagi tujuan pinjaman. Pinjaman bahan adalah berdasarkan kelayakan pengguna mengikut kategori.

Koleksi Terkawal /Rujukan Terhad
Koleksi ini terdiri dari buku bertanda merah, kertas soalan peperiksaan dan bahan berbentuk fail. Bahan ini kerap digunakan dan hanya boleh dirujuk di Perpustakaan sahaja.

Koleksi Terbitan Bersiri
Merupakan bahan rujukan seperti jurnal/majalah dalam dan luar negara khususnya mengenai bidang Penilaian Harta Tanah dan Pengurusan. Bahan dalam koleksi ini termasuk suratkhabar, akta, statutes, kertas seminar dan bulletin. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di Perpustakaan sahaja.

Koleksi Khas
Koleksi ini adalah semua sumber yang dikira unik oleh Jabatan dan penting di simpan di Perpustakaan. Bahan adalah semua terbitan Jabatan termasuk kertas penyelidikan, tesis dan nota kursus.

Koleksi Elektronik
Koleksi ini adalah semua sumber yang boleh diakses menggunakan PC dan Internet. Bahan adalah seperti CD-Rom, dan pangkalan data dalam/atas talian.

Koleksi Audio Visual
Bahan ini adalah bahan bukan cetak seperti dari VCD, CD, Pita Video dan kaset. Bahan ini boleh dirujuk dan dipinjam.

Kemudahan

KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

1.

Ruang Bacaan

Setiap aras mempunyai ruang bacaan untuk kegunaan para pengguna dan dapat menampung 200 orang penguna dalam satu masa

2.

Salinan Fotokopi

Kemudahan ini disediakan di dalam kaunter Sirkulasi Perpustakaan.Kadar
bayaran adalah seperti berikut:

Kategori Ahli

Saiz A4

Saiz A3

Catatan

Pelajar INSPEN/IPTA/IPTSKakitangan INSPEN/JPPH

Kakitangan kerajaan lain

RM0.10

RM0.20

Salinan untuk tujuan persendirian

Korporat/swasta

RM0.20

RM0.30

3.

‘Study Carrel’

Kemudahan ini disediakan di Perpustakaan dalam bilangan yang terhad.

4.

Locker

Kemudahan locker disediakan di pintu masuk perpustakaan. Bagi memudahkan pengguna, token disediakan di kaunter perkhidmatan perpustakaan. Pengguna akan dikenakan deposit RM2.00.

5.

Bilik Perbincangan

Perpustakaan menyediakan dua (2) bilik perbincangan.Setiap bilik boleh menempatkan empat(4) orang pengguna pada sesuatu masa. Maklumat lanjut mengenai tempahan boleh didapati dari kaunter perkhidmatan perpustakaan.

6.

Perkhidmatan Komputer

Kemudahan ini disediakan untuk mengakses maklumat di Perpustakaan  melalui PC yang disediakan.  Penggunaan adalah percuma bagi ahli yang mendaftar dengan Perpustakaan. Kemudahan ini disediakan di ruang Aras G, Aras 1 dan Aras 2

7

Web OPAC

Pengguna boleh mengakses katalog perpustakaan melalui laman web INSPEN

8.

‘Wi-Fi Network’

Ruang perpustakaan merupakan linkungan ” Access Coverage ” kepada rangkaian Wi-Fi bagi membolehkan akses kepada capaian Internet.
9.

Kiosk pinjaman dan pemulangan

Perpustakaan juga menyediakan 2 (Dua) kiosk layan diri untuk memudahkan proses peminjaman dan pemulangan bahan.

10.

Ruang Pameran

Ruang pameran disediakan di Aras G untuk mempamerkan koleksi baru dan terkini bahan perpustakaan iaitu buku dan bahan AV
Peraturan Am

PERATURAN AM

  PERATURAN

DENDA

1.

Membawa keluar bahan perpustakaan secara haram

Gantung keahlian selama dua (2) bulan

2.

Mengoyak / merosak/ menyalahgunakan bahan bacaan/AV

Mengganti dengan bahan yang sama

ATAU

Mengganti dengan judul lain yang berkaitan mengikut harga semasa jika bahan tersebut sudah tiada di pasaran

3.

Menghilangkan bahan perpustakaan

Sama seperti di atas

4.

Lewat memulangkan bahan perpustakaan

Surat peringatan dikeluarkan tiga (3) kali. Tindakan menggantung hak pinjaman selama satu (1) bulan dikenakan jika bahan masih tidak dipulangkan

5.

Membuat bising/menganggu pengguna lain

Gantung hak pinjaman selama dua (2) minggu

6.

Menyalahgunakan kemudahan Internet/komputer di perpustakaan adalah dilarang.

Sama seperti di atas

7.

Mengalih perabot atau menyalahgunakannya adalah dilarang.

Gantung hak pinjaman selama dua (2) minggu

8.

Perpustakaan tidak bertangungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan barangan peribadi semasa di dalam perpustakaan.

9.

Pembaca membuat salinan bahan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara berkaitan dengan AKTA HAKCIPTA 1987.

10.

Pembaca dikehendaki meninggalkan Perpustakaan 15 minit lebih awal dari waktu yang dinyatakan untuk urusan senarai semak keselamatan oleh kakitangan bertugas.

11.

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan hendaklah digunakan sebaik mungkin.

12.

Barangan seperti beg/topi keledar/payung/jaket/bungkusan hendaklah disimpan di rak simpanan yang disediakan kecuali beg tangan dan fail mengandungi peralatan alat tulis.

13.

Mesti berkelakuan baik dan dilarang merokok,makan dan minum dan menggunakan telefon bimbit semasa di Perpustakaan.

 

Penerbitan

PENERBITAN

BIBLIOGRAFI

SENARAI PAKEJAN MAKLUMAT

* Kualiti

* Harta Riadah

* Harta Pertanian

* Construction Industry-Malaysia

* Geographic Information System (GIS)

* Geographic Information System (GIS)- Malaysia

* Globalization  in Real Estate

*Global Knowledge

* Golf Courses- Malaysia

* Housing – Malaysia

* Housing Issues

* Housing And Residential Issues

* Housing Market

* Internal Rate Of Return

* Land Development

* Leadership

* Leasehold Valuation

* Liberalization In Real Estate

* Light Rail Transit (LRT)

* Plant & Machinery

* Portfolio Management

* Property Cycle

* Property Indices

* Property Information System

* Property Management

* Rating

* Real Estate Agent/Agency

* Retailing

* Retailing – Malaysia

* Real Estate Investment Trusts (REITS)

* Real Estate Research

* The Valuation Profession in Malaysia

* Training & Education – Valuers

* Urban Decay

* Urban Fabric

* Urban Planning – Malaysia

* Urban Renewal

* Vacant Property

* Valuation

* Valuation Method

INDEKS KERATAN AKHBAR

[ SENARAI PEROLEHAN ]

*2011 hingga kini

Untuk pertanyaan, rujuk kepada :

Ketua Unit Perpustakaan
Perpustakaan Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia,
Persiaran INSPEN, 43000, Kajang, Selangor

Tel: 03-8911 8624
Fax: 03-8925 8100
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hubungi Perpustakaan

Segala pertanyaan yang berkaitan mengenai perpustakaan INSPEN, sila kemukakan kepada :

Ketua Unit Perpustakaan
Perpustakaan Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia,
Persiaran INSPEN, 43000, Kajang, Selangor

Tel: 03-8911 8624
Fax: 03-8925 8100
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.