Penyelidikan dan Inovasi
Penyelidikan dan Inovasi
Program Penyelidikan dan Inovasi diwujudkan pada tahun 1985 seiring dengan penubuhan INSPEN, yang merupakan sebuah institut latihan dan penyelidikan bagi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Di awal penubuhannya, program ini terdiri dari Unit Penyelidikan dan Unit Informasi Harta Tanah. Unit Penyelidikan lebih tertumpu kepada penyelidikan di peringkat nasional dan menghasilkan penyelidikan yang lebih tertumpu kepada kegunaan dalaman jabatan. Manakala Unit Informasi Harta Tanah adalah khusus kepada penyediaan Laporan Pasaran Harta Tanah, yang diterbitkan setiap tahun.
Apabila NAPIC ditubuhkan pada tahun 1999, Unit Informasi Harta Tanah di INSPEN telah dimansuhkan dan berikutan dari itu, Unit Perundingan dan Inovasi telah diwujudkan. Fungsi utama unit ini adalah untuk memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang penyelidikan dan latihan kepada agensi luar, yang mana fi perundingan dikenakan kepada agensi pemohon. Unit ini juga bertanggungjawab dalam menerbitkan bahan-bahan berkaitan penyelidikan samada untuk edaran dalaman mahupun jualan.
Pada tahun 2002, INSPEN telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Kewangan untuk bertindak sebagai penyelaras dalam mengagih dana bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang harta tanah. Dana yang dikenali sebagai NAPREC ini adalah untuk disalurkan kepada organisasi yang telah dikenalpasti untuk menjalankan projek penyelidikan yang khusus dalam bidang harta tanah. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Unit NAPREC telah diwujudkan dan fungsi utama unit ini adalah untuk mengurus, memantau dan mengagihkan dana penyelidikan kepada penyelidik yang menjalankan penyelidikan dalam bidang berkaitan.
Justeru dengan perkembangan tersebut, Pusat Penyelidikan dan Inovasi kini meliputi;
- Unit Penyelidikan
- Unit Perundingan dan Inovasi
- Unit NAPREC
- Unit Penyelidikan
Objektif Unit Penyelidikan
- Menjalankan penyelidikan dalam bidang harta tanah bagi meningkatkan kewibawaan dan professionalisma jabatan.
- Menjadi sebuah pusat rujukan penyelidikan Jabatan dan industri harta tanah.
- Memberi khidmat analisis data bagi INSPEN dan data Jabatan.
- Unit Perundingan dan Inovasi
Objektif Unit Perundingan dan Inovasi
Pusat ini memberi perkhidmatan perundingan dan pembangunan produk bagi meningkatkan daya saing INSPEN di peringkat negara dan antarabangsa.
- Unit NAPREC
Objektif Unit NAPREC
INSPEN telah diamanahkan sebagai penyelaras dalam mengurus dan mengagihkan dana penyelidikan yang diluluskan oleh kerajaan di setiap Rancangan Malaysia. Objektif utamanya adalah mengurus pengagihan dana penyelidikan dalam bidang harta tanah kepada organisasi penyelidikan harta tanah.
3.4 Fungsi Utama
3.4.1 Unit Penyelidikan
- Menjalankan aktiviti penyelidikan berkaitan dengan industri harta tanah.
- Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dijalankan di cawangan JPPH.
- Mewujudkan dan membangunkan Research Intern (RI) JPPH.
3.4.2 Unit Perundingan dan Inovasi
- Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta kepada pelanggan dalaman dan luaran
- Menerbitkan hasil penyelidikan dan menyebarkan maklumat harta tanah kepada para professional dalam industri harta tanah dan awam yang berkepentingan
3.4.3 Unit NAPREC
- Memperkenalkan projek-projek penyelidikan dalam industri harta tanah yang penting di peringkat nasional
- Mempromosikan penyelidikan yang melibatkan bidang-bidang yang diperlukan di dalam industri harta tanah negara.
- Menggalakkan usaha-usaha penyelidikan bersama dengan intitusi -institusi penyelidikan lain
- Memperluaskan rangkaian penyelidikan dan pembangunan antara sektor awam dan sektor swasta
- Mempertingkatkan tahap kompetitif negara di peringkat global melalui pengantarabangsaan penyelidikan harta tanah.
Selamat datang ke laman web Pusat Penyelidikan dan Inovasi.
Tiga fungsi utama Pusat Penyelidikan dan Inovasi iaitu Unit Penyelidikan , Unit Perundingan dan Inovasi dan Unit NAPREC.
Penyelidikan memainkan peranan utama bagi sesebuah organisasi yang berhasrat untuk memartabatkan pencapaian di peringkat antarabangsa.
Malah kepentingan penyelidikan telah dijadikan objektif utama Pelan Strategik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Penyelidikan akademik telah diterima oleh penggiat industri dengan pembahagian dana NAPREC. Penyelidikan NAPREC menjurus kepada pengkomersilan hasil penyelidikan sebanyak RM 4.8 juta telah diperuntukan untuk dana NAPREC bagi memastikan penyelidikan industri hartanah setanding dengan penyelidikan industri lain.
Dalam era teknologi yang semakin berkembang permintaan penyelidikan dalaman JPPH juga telah mendapat permintaan yang tinggi samada bagi menyelesaikan permasalahan dalaman juga untuk pembentangan di peringkat antarabangsa.
Sehubungan dengan itu INSPEN telah berusaha untuk mengembangkan pakar-pakar penyelidikan di seluruh JPPH dengan penambahan bilangan penyelidik intern (RI) dari cawangan JPPH di seluruh Malaysia.
Unit Perundingan dan Inovasi pula telah mengorak langkah bukan sahaja perundingan harta tanah dalam negara malah turut menjangkau ke luar negara seperti Arab Saudi dan Indonesia. Perundingan telah mendapat pengiktirafan seantero dunia dengan bukti-bukti permohonan khidmat ini semakin bertambah dari masa kesemasa.
Hasrat saya untuk melihat kesinambungan tiga unit ini menjadi cabang INSPEN yang dapat memberikan perkhidmatan penyelidikan, dana penyelidikan dan khidmat perundingan yang berkesan dan terbaik demi kebaikan industri harta tanah Malaysia.
Ketua Pusat Penyelidikan dan Inovasi |
Institut Penilaian Negara (INSPEN) |
Unit penyelidikan menawarkan perkhidmatan penyelidikan mengikut keperluan Jabatan dalam pelbagai bidang seperti:
- Penilaian
- Pelaburan Harta Tanah
- Konsep-konsep Harta Tanah
- IT Dalam Harta Tanah
- Pembangunan Harta Tanah
- Pasaran Harta
- Pengambilan Tanah
- Kos Binaan Bangunan
- Pengurusan
Kertas penyelidikan INSPEN.
Unit Perundingan dan Inovasi memberikan khidmat perundingan kepada organisasi luar dalam bidang-bidang berikut:-
Latihan
- Memberikan perkhidmatan perundingan di dalam mereka bentuk modul dan kurikulum latihan.
- Mengendalikan kursus mengikut keperluan pelanggan dalam bidang-bidang penilaian, pelaburan harta tanah, IT di dalam harta tanah, pembangunan harta tanah dan pasaran harta.
- Menjalankan analisis keperluan latihan dan program penilaian latihan.
- Menjalankan pengukuran kepuasan pelanggan.
Mengantarabangsakan Perkhidmatan Kepakaran
- Menawarkan khidmat kepakaran di dalam bidang yang berkaitan dengan penilaian dan pengurusan harta tanah.
Program
- Bidang berkaitan :-
- Pendidikan
- Penyelidikan
- Loji dan Jentera
- Latihan Teknikal
- Lawatan kerja
Perkhidmatan perundingan yang diberikan oleh Unit Perundingan dan Pembangunan Produk:
Dalam negara:
- Kursus Perundangan & Penilaian Harta Tanah untuk Amanah Raya Berhad (Disember 2013 & Februari, Mac 2014)
- Seminar Isu Dan Cabaran Dalam Pengambilan Tanah untuk Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) (Oktober 2012)
- Kursus Pengenalan Dan Perlaksanaan Akta 118, Akta 318 & Akta 663 untuk Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (Julai 2012)
- Property Outlook & Introduction to Real Estate Valuation untuk Bank Muamalat (March 2012)
- Kajian Status Pemilikan Bangunan Pejabat Binaan Khas dan Kompleks Perniagaan untuk Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) (August 2010)
- Kursus Penilaian Loji dan Jentera untuk SME Bank ( Februari 2009)
- Kursus Perundangan Tanah untuk Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Selangor (Disember 2005)
- Bengkel Pengubalan PTK untuk Pihak Berkuasa Tempatan (Julai 2005)
- Kursus Lanjutan Pembantu Penilaian Untuk Pihak Berkuasa Tempatan (Mei 2005)
Luar negara:
- Training Programme: Basic to Real EstateValuation untuk Directorate of Town Planning and Survey Government of Sharjah, United Arab Emirates (17 April -14 Jun 2006)
- Training Programme: Real Estate Valuation: Principles and Practice untuk Directorate of Town Planning and Survey Government of Sharjah United Arab Emirates ( 15 April – 2 Julai 2006)
Sejak Tahun 2002 , INSPEN adalah Koodinator Kebangsaan dalam penyelidikan harta tanah dan dikenali sebagai National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). Sebagai Koordinator, kami menyelaraskan dan mengurus dana untuk menjalankan penyelidikan harta tanah.
Objektif Dana NAPREC
- Untuk mempromosi projek penyelidikan harta tanah di peringkat kebangsaan.
- Untuk mempromosi penyelidikan harta tanah yang dapat memenuhi keperluan industri tanah Malaysia.
- Untuk menggalak usaha untuk menjalankan penyelidikan harta tanah di kalangan penyelidikan di institut/organisasi.
- Untuk membina rangkaian penyelidikan antara sektor awam dan swasta.
- Untuk menambah baik persaingan melalui globalisasi dalam penyelidikan bidang harta tanah.
Sehingga kini, sebanyak 143 buah projek telah dihasilkan meliputi 5 bidang utama NAPREC iaitu :
i. Real Estate Development and Finance (REDF)
ii. Real Estate Valuation (REV)
iii. Real Estate Laws and Policies (RELP)
iv. Real Estate Industry Analysis Studies (REIAS)
v. Real Estate Management and Serives (REMS)
Klik sini untuk ke Senarai Projek NAPREC yang telah siap
Keterangan lanjut, sila hubungi:
Pn Norain Abdul Hamid (03-8911 8709)
En. Mohd Sharil bin Razali (03-89118618)
Puan Haryani Hamzah (03-8911 8629)