header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

PROGRAM CSR INSPEN MEMBANTU MANGSA BANJIR

21 DISEMBER 2021 – Cakna dengan keadaan kakitangan INSPEN yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini, pihak KESUPEN dan PEKIP INSPEN telah menganjurkan Program CSR bagi membantu membersihkan rumah kakitangan yang ditimpa musibah ini. Program yang berlangsung selama dua hari ini turut disertai oleh Pengarah INSPEN, Tuan Haji Amran bin Mat Yaacob dan Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN, Tn Hj Abdul Rahman bin Mohd Nasir. Program ini melibatkan kakitangan INSPEN yang terjejas di kawasan Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Jenderam dan Bukit Changgang, Kuala Langat.

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan mereka yang terlibat dengan ujian-Nya ini dan dikuriakan ketabahan serta kesabaran.