header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

CGSO Lawat Inspen

23 Disember 2020

INSPEN telah menerima kunjungan dari delegasi Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri pada 23 Disember 2020 yang lalu.

Lawatan yang diketuai oleh Encik Azarul Zaman Eliah (Timbalan Pengarah Program Akademik, Penyelidikan & Pembangunan Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia) tersebut telah disantuni oleh Puan Sr Shafiza Shamsuddin (Ketua Unit Pembangunan & Kepakaran, Pusat Pembangunan Profesional INSPEN) serta beberapa pegawai kanan INSPEN yang lain.

Delegasi tersebut telah diberi taklimat dan dibawa melawat sekitar INSPEN bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pengurusan kursus serta fasiliti INSPEN.