header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3 Mac 2022
Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah menerima kunjungan hormat dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Delegasi kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Madya Dr. Muhammad Najib Razali.
Ketibaan delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Amran bin Mat Yaacob, Pengarah INSPEN dan barisan pengurusan INSPEN. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan matlamat bagi mengiktiraf Sijil Harta Tanah INSPEN untuk kemasukan program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Selain itu, delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga telah membentangkan mengenai keperluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) untuk pelajar-pelajar Sijil Harta Tanah di INSPEN.