<style>.lazy{display:none}</style>slider - INSTITUT PENILAIAN NEGARA

 

 

30 oktober 2025

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK KE INSPEN

29 Oktober 2025 – Pihak INSPEN berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak ke INSPEN bertempat di bilik Baginda Lounge, INSPEN.


Kunjungan hormat yang disertai empat orang pegawai dan diketuai oleh Puan Siti Masbah Zaidel, Pegawai Penilaian Kanan, Cawangan Penilaian, Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak ini disambut mesra oleh Puan Yusdira Yusof, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran serta barisan pegawai INSPEN.


Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.

ucapan tahniah

UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

 

Alhamdulillah, dua orang lagi graduan INSPEN diterima untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), menjadikan enam orang telah diterima masuk untuk pengambilan kali ini.


Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Haiqal Aqief Baharin dan Nurul Fatehah Yaman.


Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/

Capture

MESYUARAT PERKHIDMATAN PERUNDINGAN JABATAN BIL. 2/2025

 

14 Julai 2025 - Mesyuarat Perkhidmatan Perundingan Jabatan Bil. 2/2025 telah diadakan di Bilik Persidangan Saujana, Institut Penilaian Negara.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Turut hadir ialah YBrs. Sr Hj. Mohd Nazri Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), YBrs. Sr Hj Basaruddin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN serta lapan orang ahli mesyuarat yang lain. 

Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.

 Capture 6

BENGKEL OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) DAN KUNJUNGAN AKADEMIK KE FAKULTI ALAM BINA, UNIVERSITI MALAYA (UM)

17 Julai 2025 - Pusat Akademik INSPEN telah menganjurkan Bengkel Outcome Based Education (OBE) pada 14 hingga 17 Julai 2025 sebagai salah satu usaha bagi memperkukuh pengetahuan dan kefahaman para pensyarah terhadap amalan terbaik berkaitan pematuhan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Perkongsian bermanfaat dan penuh informasi tersebut disampaikan oleh YBrs. Prof. Sr Dr. Noor Rosly Hanif dari International University of Malaya-Wales serta Prof. Madya Abu Ubaidah Amir Abdul Aziz dari Geomatika University College.

Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebok.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.

 

4 julai

 

 

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK PENYELIDIKAN NAPREC BIL. 1/2025

 

4 Julai 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu NAPREC Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah diadakan di Persidangan Saujana, INSPEN.

Mesyuarat ini turut dihadiri kesemua lima pengerusi panel pakar bidang NAPREC, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPPH serta urus setia Sekretariat NAPREC. Wakil daripada pihak kementerian yang hadir pula ialah Dr. Siti Noor Baiti Mustafa, Timbalan Pengarah (Latihan), Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi dan Puan Nur Asiah Abdul Kadir, wakil daripada Bahagian Dasar Saraan & Pengurusan, Kementerian Kewangan.

Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.

Subcategories

teknik anti rungkad theo di mahjong ways 2 info jam slot pg soft gacor hari ini anton bongkar strategi 3 game legendaris pragmatic