SEMINAR PENYELIDIKAN JPPH KE-16 DAN KOLOKIUM DISERTASI PASCA SISWAZAH KE-6 BAGI TAHUN 2025
6 Ogos 2025 – INSPEN telah menganjurkan Seminar Penyelidikan JPPH ke-16 dan Kolokium Disertasi Pasca Siswazah ke-6 bagi tahun 2025 bertempat di Dewan Nusantara, INSPEN. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik).
Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Sr Basarudin Mohd Basir, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad, Pengarah INSPEN, Pengarah-pengarah Bahagian JPPH, Pengarah Penilaian Negeri serta barisan pegawai JPPH dan INSPEN.
Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.