RERUAI INSPEN DI UNIKL MSI, KULIM DAN UKM, BANGI
10 Mei 2025 - Pihak INSPEN meneruskan siri jelajah bagi mempromosikan sijil harta tanah INSPEN secara meluas dengan membuka reruai selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Mei 2025 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di dua lokasi yang berbeza.
INSPEN telah diberikan peluang untuk menyertai Karnival Pengajian Tinggi Kulim bertempat di Universiti Kuala Lumpur, Malaysian Spanish Institute Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah dan Program Jom Masuk U 2025 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.