MAJLIS APRESIASI PELAJAR INSPEN (MAPI) 2025
21 Februari 2025 - Majlis Apresiasi Pelajar INSPEN (MAPI) 2025 telah dianjurkan di Dewan Jubli, INSPEN. Majlis ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Akademik, INSPEN dan diadakan sekali setahun sebagai manifestasi komitmen institusi terhadap pembangunan pelajar.
Acara ini turut mengiktiraf pencapaian pelajar semester akhir yang hampir menamatkan pengajian, sekaligus memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang masih menempuh perjalanan akademik mereka di INSPEN.
Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.