
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK KE INSPEN
29 Oktober 2025 – Pihak INSPEN berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak ke INSPEN bertempat di bilik Baginda Lounge, INSPEN.
Kunjungan hormat yang disertai empat orang pegawai dan diketuai oleh Puan Siti Masbah Zaidel, Pegawai Penilaian Kanan, Cawangan Penilaian, Ibu Pejabat, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak ini disambut mesra oleh Puan Yusdira Yusof, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran serta barisan pegawai INSPEN.
Untuk butiran lanjut, sila layari Facebook INSPEN di https://www.facebook.com/InspenJpph atau Instagram INSPEN di https://www.instagram.com/inspen_jpph/.
