header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

1. Asas Perakuanan Dalam Perniagaan          

Asas Akaun Dlm Perniagaan

Pengarang   : Kamilah Ahmad            

Imprint          : Batu Pahat : Penerbitan UTHM , 2016 

Mukasurat    : 187

Sinopsis:

Buku asas perakaunan dihasilkan bagi memberi penerangan yang jelas kepada individu atau pelajar yang memerlukan pengetahuan dalam bidang perakaunan. Buku ini boleh juga digunakan oleh staf pentadbiran sesebuah organisasi bagi mendapatkan kefahaman ringkas dalam konsep asas perakaunan. Perincian maklumat dibuat tidak terlalu teknikal dan bersesuaian dengan tujuan penerbitan buku ini. Buku ini turut menyediakan latihan di setiap bab bagi memberi peluang kepada pengguna untuk mempraktikkan kefahaman dan kemahiran mengikut bab. Sampel jawapan diberikan bagi soalan-soalan terpilih di setiap bab bagi memudahkan latihan.

2. Earthquake Resistant Design of Buildings

Earthquake

Pengarang   : Mehmet E, UZ             

Imprint          : New York : CRC Press , 2017 

Mukasurat    : 288

Sinopsis:

Introducing important concepts in the study of earthquakes related to retrofitting of structures to be made earthquake resistant. The book investigates the pounding effects on base-isolated buildings, the soil-structure-interaction effects on adjacent buildings due to the impact, the seismic protection of adjacent buildings and the mitigation of earthquake induced vibrations of two adjacent structures. These concepts call for a new understanding of controlled systems with passive-active dampers and semi-active dampers. The passive control strategy of coupled buildings is investigated for seismic protection in comparison to active and semi-active control strategies.

3.Experts Forecast on Property Markets 

Experts Forecast

Pengarang   : Muhammad Najib Mohamed Razali           

Imprint          : Skudai : UTM Press , 2016 

Mukasurat    : 106  

Sinopsis :

Property forecasts are now widely used and are increasingly receiving more weight in property investment analysis and portfolio strategy by major property investors. Forecast evaluation in the property literature is a relatively new area, with much of the previous research focusing on developing econometric models to determine these property forecasts.

However, in this book, rather than use econometric models, the focus will be to develop a property forecasting procedure for the Malaysian property markets by using local property experts? Opinions to develop one-year ahead property forecasts, with this forecasting procedure to be implemented every six months.

The survey will provide feedback from property experts in coming up with Malaysian property market forecasts and economic forecasts to assist all property investment decision-makers and participants in the property markets in Malaysia. This would see Malaysia having comparable property forecasting procedures to those currently implemented in the UK, Europe and Australia. Furthermore, it will then make Malaysia property market is competitive from other countries to attract foreign and local investors

4.Good Governance: a Critical Introduction

Good Governance

Pengarang   : Maszlee Malik           

Imprint          : Gombak : IIUM Press , 2015 

Mukasurat    : 106

Sinopsis :

Governance is both a very new and very old subject in political science. It marks a return to the conception of political study organized around key words like constitution, government, polity, politics and other related themes. While ‘Good Governance’ agenda as introduced by Bretton Woods’ institutions according to the Washington Consensus is a result of conventional developmental theories and represents the contemporary kernel of truth on how to develop. This small book aims to bring to the readers a general conceptual idea of Good Governance as part of Washington Consensus products and to understand critics launched against it from different point of views. This small effort is dedicated to the beginners who are trying to understand the basic idea of Good Governance from a holistic point of view and from its bigger picture.

5.Kaunseling Perkembangan Kerjaya Abad Ke 21

Kaunseling

Pengarang   : Othman Mohamed         

Imprint           : Serdang : Penerbit UPM , 2016 

Mukasurat    : 223

Sinopsis :

Buku ini membincangkan kerjaya Kaunseling di Abad ke 21. Dinamik perubahan masyarakat dunia dan ekonominya pada abad 21 memerlukan perspektif baharu dalam menangani alam hala tuju kerjaya dan dunia pekerjaan. Sealiran dengan perspektif spiritualiti kognitif-konstruktivisme, kaunseling perkembangan kerjaya yang sealiran dengan konseptualisasi konstruk baharu seperti Teori Kerjaya Sosial Kognitif diterjemahkan untuk amalan dalam program aktiviti Sistem Pelaksanaan Integrasi Kerjaya. Sehubungan ini, dua inventori bercorak digital yang sepasang OÆSIS Job Interest Inventory dan OÆSIS PLATER Work Values & Personality Clarification dibangunkan sebagai pemangkin ke arah perubahan cara amalan kaunseling perkembangan kerjaya dilaksanakan dalam digital abad ke 21.

6.Kerepek-kerepek Hikmah  

Kerepek Hikmah

Pengarang   : Ahmad Husni Abd Rahman            

Imprint          : Kuala Lumpur : Rimbunan Islamik Media , 2019

Muka surat   : 100 

Sinopsis :

Buku ini menyajikan himpunan tarbiah santai yang diolah semula oleh penulisnya daripada catatan, pengalaman hidup, kisah dan cerita serta madah yang ringkas tetapi berhikmah namun tetap sentap! Gaya persembahannya membuatkan pembaca ingin terus menatap dan menghadam bait-bait ayat yang seterusnya walaupun sesekali terasa seperti tertampar muka sendiri!

Mengapakah dinamakan kerepek? Persis makanan seharian, ada hidangan utama, ada hidangan pembuka selera dan ada pula manisannya. Seringkali kita masih terliur dengan kudapan ringan seperti manisannya. Seringkali kita masih terliur dengan kudapan ringan seperti kerepek dan keropok. Begitulah juga buku ini. Ibarat kerepek di celah-celah hidangan utama.

7.Pengujian dan Penilaian Psikologi dalam Kaunseling

Pengujian

Pengarang   : Abu Yazid Abu Bakar           

Imprint           : Bangi : Penerbit UKM Press , 2017

Muka surat   : 152

Sinopsis :

Pengujian dan penilaian psikologi menggunakan kaedah piawai dan bukan piawai merupakan slah satu prosedur pengumpulan data yang penting untuk menyokong pelaksanaan perkhidmatan membantu seperti kaunseling, psikoterapi dan kerja sosial dengan lebih berkesan. Umpamanya, dalam konteks perkhidmatan kaunseling amalan pengujian dan penilaian psikologi berperanan membantu kaunselor menyelami isu dan pemasalahan yang dihadapi klien dengan lebih mendalam seterusnya membantu kaunselor merangka pelan rawatan dan intervensi yang bersesuaian. Buku ini diterbitkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran berterusan untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan profesional pembantu, dengan fokus utama disasarkan kepada pengamal dan bakal pengamal dalam profesion kaunseling. Ini kerana kemahiran melaksanakan pengujian dan penilaian psikologi dengan berkesan akan mendorong kaunselor menjalankan fungsi dan peranan mereka untuk membantu klien memperolehi tahap kesejahteraan mental dan emosi dengan lebih sempurna. Selain itu, maklumat yang terkandung dlam buku ini juga boleh menjadi rujukan bermakna kepada semua golongan pengamal dan profesion membantu yang lain seperti ahli psikologi, ahli terapi, pekerja sosial dan sebagainya. 

8.Pengurusan Islam dalam Pelbagai Perspektif

Pengurusan Islam

Pengarang   : Ahmad Azrin Adnan      

Imprint           : Kuala Trengganu : Penerbit Unisza , 2020

Muka surat   : 165

Sinopsis :

Wacana tentang pengurusan Islam muncul dalam dua bentuk.   Bentuk pertama ialah menjustifikasikan pengurusan lazim menggunakan dalil naqli.  Bentuk kedua pula ialah mengenengahkan pengurusan Islam berasakan tasawuf dan epistemologi Islam.   Buku ini lahir dalam bentuk kedua. Ia membincangkan pemikiran tentang falsafah yang mendasari pengurusan Islam dan bagaimana pengaplikasiannya dalam segenap kehidupan. Sembilan karya dimuatkan dalam buku ini yang terdiri daripada tiga tema, iaitu pengurusan insan, pengurusan institusi dan pengurusan pemasaran.   Ketiga-tiga tema ini lahir daripada keyakinan bahawa kaedah pengurusan yang berteraskan pandangan sarwajagat Islam sama sekali berbeza dengan kaedah pengurusan lazim.  Keyakinan ini bertitik tolak daripada premis bahawa falsafah yang dibawa oleh kedua-duanya membawa maksud, makna dan tindakan yang berbeza.   Buku ini wajar menjadi pegangan bagi mereka yang ingin memahami maksud sebenar pengurusan berteraskan Islam.

9.Pengurusan Pusaka Islam Wasiat dan Hibah di Malaysia: Isu dan  Aplikasi

Pengurusan Pusaka Islam

Pengarang   :   Nasri Naiimi 

Imprint           :   Sintuk : Penerbit Universiti Utara Malaysia  , 2016

Muka surat   :   279  

Sinopsis :

Buku ini memberi penekanan isu dan pengaplikasian dalam hal untuk menguruskan harta pusaka ini khususnya di Malaysia. Perkara-perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah isu mengenai sistem pentadbiran pengurusan harta pusaka di Malaysia, kemakmuran dalam kelestarian harta pusaka Islam, wasiat dalam Islam sebagai instrumen pelengkap kepada pusaka, hibah dalam Islam sebagai instrumen alternatif kepada pusaka dan pengurusan pusaka dalam era komputer dan teknologi maklumat. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini ditumpukan kepada dua perspektif utama. Pertama ialah isu yang bersangkutan dengan hukum Islam secara khusus atau syariat Islam manakala yang kedua ialah isu yang dilihat dalam pengamalan dari segi pengurusan yang terbaik pada era kontemporari kini. Dalam usaha untuk memudahkan pemahaman pembaca, sebagaimana buku yang sebelum ini, maka dimuatkan juga jadual-jadual dan rajah-rajah dengan matlamat untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca mengenainya.

10. Teknik Biostatistik: Pelajari Kaedah Tak Berparameter Secara Mudah Menggunakan SPSS dan SAS

Teknik Biostatistik

Pengarang   : Wan Muhamad Amir Wan Ahmad              

Imprint           : Penang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2017

Muka surat   : 121

Sinopsis :

Buku ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan penyelidik tentang pentingnya penggunaan kaedah statistik tak berparameter dalam melaksanakan kajian penyelidikan selain kaedah statistik berparameter. Prosedur pelaksanaan statistik tak berparameter menerusi penggunaan perisian SPSS dan SAS dipersembahkan secara terperinci. Kaedah statistik tak berparameter lebih mudah digunakan berbanding kaedah statistik berparameter. Kaedah ini biasa digunakan apabila penyelidik memerlukan satu keputusan yang cepat. Buku ini memberi pendedahan dan pilihan kepada penyelidik untuk memilih jenis ujian yang bersesuaian dengan data, selari dengan kehendak objektif kajian. Di samping itu, penyelidik boleh menyalin kembali algoritma SAS dan menyesuaikannya selari dengan data kajian bagi membolehkan analisis dilakukan. Bahasa pengaturcaraan SAS yang ringkas dan boleh diubah suai mengikut keperluan penyelidikan serta keputusan yang lebih terperinci menjadikan perisian tersebut lebih digemari, terutamanya oleh penyelidik. Perbincangan melalui gaya persembahan yang ringkas serta penggunaan bahasa yang mudah difahami membantu para pelajar dan penyelidik untuk memahami teknik yang dibincangkan dengan lebih baik.