Dimaklumkan Prof Madya Siti Rahmah binti Awang daripada Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang menjalankan kajian bertajuk Pembangunan Pangkalan Data Profil Pembeli Dan Profil Harta Tanah Untuk Mengkaji Permintaan di bawah dana National Real Estate Research Coordinator (NAPREC), INSPEN.
INSPEN ingin menjemput tuan puan untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan ini dengan melengkapkan tinjauan berikut. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti permintaan harta tanah semasa dan maklumat harta tanah yang hendak dibeli. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menjawab soal selidik dalam penyelidikan ini. Data yang dikumpul akan kekal sulit dan digunakan semata-mata untuk tujuan kajian ini sahaja.
Sekian. Terima kasih.