header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SESI 2022 INSTITUT PENILAIAN NEGARA

17 Mac 2022

Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah mengadakan Program Transformasi Minda bagi sesi 2022 secara fizikal bertempat di Dewan Nusantara.

Dalam program ini, sesi Bersama Pengurusan Tertinggi telah disempurnakan oleh YBrs. Sr. Abdul Razak bin Yusak, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Program yang berlangsung dari 14 Mac hingga 18 Mac 2022 ini telah dihadiri lebih 100 orang peserta melibatkan 7 agensi kerajaan yang berlainan. Antara agensinya adalah, Lembaga Kemajuan Langkawai (LADA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT),  Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor (JKPTG Selangor) serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Program ini yang diadakan khusus untuk kakitangan yang baru menjawat jawatan di dalam perkhidmatan awam adalah bertujuan memberi pendedahan konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah dalam pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan Malaysia. Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk keperibadian, jati diri dan nilai-nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam.