header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

1. Compulsory Purchase and Compensation

Compulsary

Pengarang   :  Barry Denyer-Green            

Imprint           :  New York: Routledge, 2019 

Mukasurat    :  404  

Sinopsis:

Compulsory Purchase and Compensation is the essential guide to this complex and increasingly relevant area of the law. Now in its eleventh edition, no other book presents the same level of information on the law relating to compulsory purchase and compensation in England and Wales in such an accessible way. The best-selling book on the subject, previous editions have been used by professionals and students alike to gain a full understanding of a key subject for any surveyor or lawyer.

The book is also especially suited to those coming to this complex subject without a specific background in the law and ideal reading for those students taking planning and built environment law modules. Surveyors will find this book invaluable.

2. The International Guide to Legal Deposit

International Guide

Pengarang   :  Jan t. Jasion             

Imprint           :  London:  Routledge, 1991 

Mukasurat    :  210  

Sinopsis:

First published in 1991, this volume aims to take a close look at the laws of 27 countries to locate what others value in the realm of legal deposit and heighten our awareness of its importance for free access to information. It responds to the great concern over the freedom of the press, the end of censorship and absolute government secrecy, and guaranteed public access to information. The term 'legal deposit', known in the UK and several former-British Empire countries as 'copyright deposit', originated in France in 1537 and has spread throughout the world, though the definition of the term remains questionable. Jan T. Jasion examines this through three parts: various aspects of legal deposit, comparing legal deposit worldwide and a detailed examination of the laws of 27 countries to compare the various national interpretations of legal deposit.

3.Crossover of Audit and Evaluation Practices

Crossover

Pengarang   :  Maria Barrados and Jeremy Lonsdale          

Imprint           :  New York:  Routledge, 2020 

Mukasurat    :  233  

Sinopsis :

Crossover of Audit and Evaluation Practices brings together academic analysis with insights from practitioners to discuss the potential for collaboration in audit and evaluation practices between three professional disciplines. Clearly written and thoughtfully organized, this volume is structured in three parts to deal with theory, practice issues and how the practices have worked together.

  • Part One provides definitions of performance audit, internal audit and program evaluation.
  • Part Two addresses several challenges that professionals face in applying these standards and principles.
  • Part Three contains examples of organizational collaboration between the practices, how they have worked together and the lessons that were learned from that experience. Specific cases from the Government Accountability Office, and UNESCO, UNDP and Inter-Americas Development Bank illustrate what has worked or not and suggest reasons why. Crossover of Audit and Evaluation Practices offers even the most skilled and experienced professional insight on how to bridge some of the divides.

It will help generate a better understanding of the activities and services that are either imposed on them or are freely available and help to stimulate their optimal use.

4.Absolute Essentials of Digital Marketing

Absolute

Pengarang   :  Alan CharlesWorth          

Imprint           :  London:  Routledge, 2021 

Mukasurat    :  101   

Sinopsis :

This short form textbook provides readers with a comprehensive yet concise overview of the fundamentals of Digital Marketing.

The author, a well-renowned teacher and writer on the subject, presents a concise and clear structure that works step by step through each of the core aspects of the subject, including SEO, metrics and analytics, web development, e-commerce, social media and digital marketing strategy.

Presented in nine chapters to suit delivery periods at both undergraduate and postgraduate levels, this book can be used either as a core text that gives tutors a sound platform on which to structure a module on digital marketing or as supporting text where digital marketing is an element of a module with a broader scope, such as strategic marketing.

Pedagogical features include an essential summary paragraph at the start of each chapter, focused references and further reading. There is also online teaching and learning support for both in-class and digital delivery, including suggested case studies, chapter questions and other activities.

5.Fundamental of Islamic Finance

Fundamental

Pengarang   :    Fauziah Mahat       

Imprint           :    Serdang:  Universiti Putra Malaysia Press, 2020 

Mukasurat    :    247

Sinopsis :

This book consists of nine chapters. The areas of coverage include Principles of Islamic Economy and Islamic Finance, roles of Zakat and Waqf, application of Islamic Finance Contract, Islamic Capital Market and Maqasid Shariah. The objective of this book is to highlight the importance of Islamic finance principles based on Shariah and to emphasize the importance of Waqf and Zakat in poverty alleviation and the economic development. It is also to apply Islamic finance contract in the individuals and the institutional needs in investing and financing and to emphasize the role of Islamic Capital Market (ICM) in financing and investing activities. Finance professionals and practitioner, both in the industry and government, will also find this book a useful source of information.

6.Memperkasa B40 Isu dan Strategi Sains Sosial

Memperkasa B40

Pengarang   :   Norizan Abdul Razak              

Imprint           :   Bangi:  Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019

Muka surat   :   181  

Sinopsis :

Buku ini mengandungi himpunan 10 bab hasil kajian penyelidikan Pemerkasaan B40 secara 360° yang membincangkan isu dan strategi pembangunan golongan isu rumah B40. Secara definisi, golongan B40 merujuk kepada golongan 40 peratus terbawah dalam agihan pendapatan, atau dianggap sebagai golongan berpendapatan rendah, berbanding golongan M40 (pertengahan 40 peratus) dan T20 (atas 20 peratus). Buku ini terbahagi kepada dua bahagian perbincangan iaitu :

  • Bahagian 1 mengandungi bab-bab yang membincangkan isu dan permasalahan pembangunan golongan B40
  • Bahagian 2 mengandungi bab-bab yang menganjurkan strategi dan perlaksanaan pembangunan golongan B40.

Buku ini menjadi naskah utama serta panduan untuk pelbagai pihak untuk melihat ontologi, isu dan strategi serta halatuju pengupayaan golongan B40 supaya meningkat menjadi golongan kelas menengah M40. Peralihan golongan B40 menjadi isi rumah M40 perlu direalisasikan menjelang tahun 2030 dan diharapkan nisbah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus ke bawah ini dapat dikurang seperti nisbah berikut iaitu B20:M60:T20 demi Malaysia menjadi negara maju. Jika nisbah ini tercapai, maka bermula Malaysia baharu menjadi 20 negara termaju menurut UNDP. Sasaran pembaca adalah penyelidik sains sosial dan mereka yang terlibat dalam pemerkasaan golongan B40 di Malaysia pada masa kini.

7.Enbora : Teknik Penilaian Risiko Ergonomik di Tempat Kerja

Enbora

Pengarang   :  Mohd Nasrol Abdol Rahman         

Imprint           :  Batu Pahat:  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2019

Muka surat   :  116

Sinopsis :

Teknik Entire Body Risk Assessment (ENBORA) telah dibangunkan sebagai alat atau kaedah penilaian risiko ergonomik yang mudah dan praktikal digunakan untuk aktiviti atau tugasan kerja yang melibatkan keseluruhan anggota badan sama ada statik atau dinamik di tempat kerja. Buku ini bertujuan untuk membantu para pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, doktor kesihatan pekerjaan, ergonomis, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurus, eksekutif dan perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan), fisioterapi, terapi carakerja, jurutera, penyelidik, pensyarah, pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari langkah demi langkah bagaimana untuk menilai risiko ergonomik di tempat kerja dengan menggunakan teknik ENBORA. Teknik ENBORA direka sebagai alat pemerhatian yang menggunakan pen dan kertas sebagai medium untuk mengumpul data di tempat kerja. Teknik ENBORA ini boleh digunakan sebagai penilaian risiko ergonomik di tempat kerja yang lengkap serta memberikan penanda aras tahap risiko dan tindakan yang perlu diambil berkaitan dengan aktiviti atau tugasan kerja seharian.

8.Super Imej

Super Imej

Pengarang   :  Nasrullah Amran         

Imprint           :  Batu Caves: Putih Press, 2019

Muka surat   :  156

Sinopsis :

Penampilan adalah jenama kita yang akan dinilai oleh orang lain.

Sekiranya penampilan itu baik, maka baik lah nilai jenama kita di mata orang.

Tapi…

Bagaimana pula jika sebaliknya?

Semuanya ada disebut dalam buku ini.

Kita bukan hanya mengajak kamu untuk mempunyai imej yang baik, malah mempunyai Super Imej dengan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

 9. Panduan Solat JAMAK & QASAR untuk Panduan Musafir

Solat Jamak

Pengarang   :  Zulkarnain Dollah            

Imprint           :  Must Read:  Batu Caves, 2020

Muka surat   :  111

Sinopsis :

Allah SWT amat menggalakkan umat Islam untuk meneroka dan menjelajah dunia yang terbentang luas ini. Selain menjelajah untuk menyebarkan dakwah atau bekerja, dengan menjelajah juga kita dapat sentiasa menambah ilmu pengetahuan, memahami budaya di kawasan asing, menimba pengalaman baru dan yang paling boleh dikatakan adalah mengukuhkan hubungan silaturahim sesama manusia.

Namun begitu, tidak kira ke mana pun kita menjelajah, kita wajib melaksanakan ibadah utama kita iaitu solat lima waktu. Oleh itu, sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW maka dikurniakan rukhsah kepada umat Islam. Rukhsah bermaksud kemudahan atau keringanan untuk orang bermusafir bagi melaksanakan solat dengan cara qasar dan jamak. Buku ini menerangkan definisi, hukum-hukum dan merungkai kekeliruan yang berkaitan selain memberi panduan lengkap untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar.

10. Rindu yang Terlarang

Rindu Terlarang

Pengarang   :  Umie Nadzimah              

Imprint           :  Bandar Tun Hussein Onnn: Karyaseni, 2019

Muka surat   : 183  

Sinopsis :

Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.

“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA


Benci dan dendam antara dua keluarga telah menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing mengisytiharkan permusuhan tujuh keturunan.

“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH
“Tapi… Macam mana?” – AINNURA


Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar…

Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan. Beberapa tahun berlalu, walaupun sangat berjaya dalam kerjaya, perasaan Faith tetap kosong dan beku. Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat si jandanya.

“Orang rindu Ain sangat…” – FAITH
“Rindu kita… Rindu terlarang!” – AINNURA

Bersatu semula, sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan, bukanlah satu rancangan yang bijak untuk mencari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah, Reza Dato Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura. Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan.