header MY040719  

 

31 Oktober 2023 - Mesyuarat Pembentangan Akhir Kertas Penyelidikan 2023 dan Mesyuarat Jawatankuasa Validasi (JKV) Bil. 4/2023 yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik) JPPH telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Langkawi bermula dari 31 Oktober 2023 hingga 2 November 2023.

Mesyuarat ini melibatkan pembentangan sebanyak 31 kertas penyelidikan gunaan dan informatif oleh 11 orang pegawai Penyelidik Jabatan dan 20 orang pegawai Research Intern (RI) daripada pelbagai cawangan JPPH.

Pembentangan kertas penyelidikan ini diharap dapat dimanafaatkan oleh semua pegawai JPPH di samping meningkatkan kemahiran pegawai Research Intern dalam menjalankan penyelidikan.

Mesyuarat ini seterusnya disambung dengan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan (JKP) Bil. 2/2023 yang dipengerusikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhdimatan Harta pada 2 November 2023.

Mesyuarat ini membincangkan prestasi dan aktiviti penyelidikan Jabatan bagi tahun 2023 yang meliputi bidang penyelidikan, pengurusan Research Intern, pengumpulan bahan penerbitan, perkhidmatan analisis data dan juga penganjuran seminar seperti Seminar Penyelidikan JPPH dan International Real Estate Research Symposium (IRERS).

 

Please publish modules in offcanvas position.