header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

MESYUARAT PERKHIDMATAN PENERBITAN JABATAN BIL 1/2021

4 April 2021

Mesyuarat Perkhidmatan Penerbitan Jabatan Bil 1/2021 telah diadakan di Hatten Hotel Melaka pada 2 hingga 4 April yang lalu.

Dipengerusikan oleh Sr Abdul Razak Yusak (Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta - Dasar Strategik), mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Sr Haji Hamidon Harun (Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta - Operasi) serta para pengarah negeri, bahagian, daerah dan INSPEN.

Objektif mesyuarat pada kali ini adalah untuk memilih serta menyemak artikel-artikel bagi penghasilan produk penerbitan baharu JPPH.