Page 10 - Seminar Penyelidikan 2021
P. 10

Seminar Penyelidikan JPPH ke-12 2021/ INSPEN




               PEMBANGUNAN MODEL PENILAIAN PUKAL DENGAN
               KAEDAH STRUCTURAL EQUATION MODEL (SEM)


               ABSTRAK

               Penilaian pukal (Mass Appraisal) didefinisikan sebagai prosedur standard kutipan
               data dan penilaian harta tanah dalam sesuatu kawasan dan dinilai secara seragam
               dan sama rata.  Mass Appraisal  biasanya dikaitkan  dengan Analisis  Regresi
               Berganda (Multiple Regression Analysis – MRA). MRA merupakan satu kaedah
               yang menghubungkan kesan satu atau lebih pemboleh ubah bebas terhadap satu
               pemboleh ubah bersandar dan melalui nilai pemboleh ubah bebas itu, satu nilai
               untuk  pemboleh ubah  bersandar  boleh diperoleh.  Terdapat isu  teknikal  dalam
               kaedah MRA seperti multicollienarity, hetroscedasticity dan autocorrelation dan isu
               ini dapat diatasi dengan penggunaan kaedah Structural Equation Model (SEM).
               Penyelidikan ini bertujuan untuk membina model yang dapat mengenal pasti sifat
               harta tanah utama yang membentuk nilai tanah dengan menggunakan pemodelan
               persamaan struktur (SEM). Sebanyak 469 data transaksi tanah kosong di Daerah
               Sepang telah digunakan untuk analisis SEM dan didapati Model ke 14 adalah yang
               terbaik berbanding model  yang lain untuk menilai  tanah kerajaan bagi  maksud
               Penilaian Akruan.  Hasil  Analisis SEM mendapati  pemboleh ubah  bersandar
               adalah LVA  (land  value) manakala  Latent Variable  adalah  Land  Time, Land
               Structure, Land Attribute  dan Lokasi tanah  tersebut.    Model 14 menunjukkan
               kesemua kriteria telah dipenuhi oleh analisis SEM dan membuktikan data yang
               digunakan adalah sesuai dengan model yang telah dibangunkan. Kajian ini juga
               menunjukkan keberkesanan model persamaan struktur (SEM) dalam mengenal
               pasti sifat harta tanah yang mempengaruhi nilai tanah secara signifikan.

               Kata kunci: Nilai Tanah, Penilaian Akruan, Structural Equation Model (SEM),
                                   Latent Variable


               1.0     PENDAHULUAN

               Proses penilaian secara pukal (Mass Appraisal) telah dilaksanakan secara meluas
               di  beberapa  negara  seperti  Australia, New Zealand  dan  Ireland.  Manakala  di
               Malaysia kaedah ini masih digunakan sebagai kaedah alternatif dalam penilaian
               bermula tahun 1980-an (Azahari, 1992).

               Kajian  pembangunan model penilaian pukal  menggunakan  kaedah  Structural
               Equation Model  (SEM)  ini  adalah kolaborasi penyelidikan  antara Jabatan
               Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Directorate General State Assets
               Management (DGSAM), Indonesia. Kolaborasi penyelidikan ini dijalankan dengan
               pengujian data di Malaysia dan data di Indonesia. Penggunaan kaedah SEM ini
               dipilih berdasarkan hujah-hujah penyelidik yang berpendapat MRA sebagai model
               global yang mempunyai isu teknikal seperti multicollienarity, hetroscedasticity dan
               autocorrelation,  dan hanya menghasilkan  anggaran  purata  yang diaplikasikan
               kepada seluruh kawasan (Fotheringham et al., 1988).






        Ringkasan Eksekutif: Kertas 1              2 2
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15