Page 5 - Seminar Penyelidikan 2021
P. 5

Seminar Penyelidikan JPPH ke-12 2021/ INSPEN




               KATA PENGANTAR

               Bismillahirrahmanirrahim.
               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

                                         Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana limpah
                                         kurnia dan izin-Nya dapat sekali  lagi  INSPEN
                                         menganjurkan Seminar Penyelidikan JPPH untuk
                                         kali ke-12.

                                         Seminar Penyelidikan JPPH ke-12 ini menyaksikan
                                         enam kertas penyelidikan berkaitan penilaian pukal,
                                         penilaian loji, jentera dan peralatan, pengurusan dan
                                         penyenggaraan bangunan, teknologi  bangunan,
                                         faktor  yang  mempengaruhi  nilai  serta kemajuan
                                         kerjaya  penilai  akan dibentangkan  oleh  Penyelidik
                                         INSPEN  dan  Research Intern  dari pelbagai
                                         cawangan JPPH.

                                         Pembentangan  kali ini  didominasi oleh  penerima
               Anugerah  Penyelidikan 2020  yang merangkumi  Kertas  Penyelidikan  Terbaik,
               Kertas  Informatif  Terbaik,  Analisis  Terbaik serta  Research Intern  Berpotensi.
               Anugerah  ini  merupakan  satu inisiatif  Jabatan sebagai penghargaan  kepada
               penyelidik yang mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan, selain pendorong
               kepada penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan yang berkualiti.

               Akhir kata,  INSPEN  amat berbesar  hati  mengalu-alukan  warga JPPH  yang
               berminat  mendalami ilmu penyelidikan dengan menyertai program  Research
               Intern  Jabatan. Mungkin  anda salah  seorang  pembentang di  Seminar
               Penyelidikan JPPH ini pada masa akan datang!

               Sekian, terima kasih.


               Sr MOHD NAZRI BIN AHMAD ZAHARI
               Pengarah
               Institut Penilaian Negara
               Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
               Kementerian Kewangan Malaysia















                                                   iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10