Page 11 - Seminar Penyelidikan 2021
P. 11

Seminar Penyelidikan JPPH ke-12 2021/ INSPEN




               Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
               nilai harta tanah  mengikut penanda  aras yang  ditetapkan dan  untuk membina
               model penilaian pukal menggunakan Structural Equation Model (SEM).  Data yang
               digunakan oleh Malaysia adalah data transaksi di Sepang, Selangor, manakala
               data di Indonesia kelak adalah data asking price tanah di Tanggerang Selatan,
               Jakarta.  Kajian ini diharap  dapat membantu dan  menjadi  panduan  kepada
               pengamal-pengamal  dalam  bidang  harta tanah menjalankan penilaian pukal
               (Mass Appraisal) dengan menggunakan Structural Equation Model (SEM).


               2.0     STRUCTURAL  EQUATION MODEL (SEM)

               SEM adalah satu daripada analisis yang digunakan untuk menganggarkan nilai
               harta tanah selain daripada menggunakan Multliple Regression Analysis (MRA).
               Menurut Zainudin (2012), dalam analisis SEM melibatkan dua model utama iaitu
               pengukuran model (the measurement model) dan struktur model (the structural
               model).

               Pengukuran model menunjukkan hubung kait  antara  pemboleh ubah  tidak
               bersandar (response items) dengan pemboleh ubah bersandar (underlying latent
               construct). Penyelidik  perlu  mengenal pasti  pemboleh ubah  bagi menentukan
               dimensi (unidimensionality), kesahihan (validity) dan kebolehpercayaan (realibility)
               model  yang dibina.  Manakala  struktur  model menunjukkan hubung  kait (inter-
               relationships) antara  pemboleh ubah-pemboleh ubah  bersandar (constructs).
               Pemboleh ubah-pemboleh ubah  bersandar  ini akan digunakan dalam  struktur
               model (Structural Model) berdasarkan kepada hipotesis yang terdapat dalam reka
               bentuk kajian (theoretical framework).  SEM  berasaskan kepada  teori, pengkaji
               boleh menentukan reka bentuk model (theoretical model). Setiap pemboleh ubah
               yang  digunakan adalah tersembunyi (conceptualized  as a  latent)  dan  pengkaji
               mengukur pemboleh ubah ini menggunakan item  berganda dalam  borang soal
               selidik (likert scale). Pemboleh ubah tidak bersandar ini boleh diperoleh daripada
               kajian literatur yang bersesuaian dengan kajian. Pengukuran model bagi setiap
               pemboleh ubah  tidak bersandar dianalisis menggunakan  Confirmatory Factor
               Analysis (CFA).

               Penyelidik menentukan faktor bagi setiap item dan indeks skala (fitness indexes)
               bagi setiap pemboleh ubah. Pemboleh ubah yang mempunyai indeks skala yang
               rendah perlu dikeluarkan  dan model  perlu  dianalisis  semula.  Jika  indeks  skala
               masih  menunjukkan  bacaan yang rendah,  pengkaji  perlu  mendapatkan
               Modification Indices (MI). MI akan mengenal pasti/ menunjukkan korelasi antara
               pemboleh ubah dalam pengukuran model tersebut. MI yang tinggi menunjukkan
               pemboleh ubah adalah bertindih (redundant) dan pengkaji perlu membuang salah
               satu item tersebut bagi mendapatkan model yang lebih baik dan tepat.


               3.0      METODOLOGI

               Jenis kajian yang dijalankan ini adalah “conclusive research”  di mana kajian ini
               mengenal pasti faktor-faktor yang memberi kesan kepada nilai tanah di Daerah





                                                                         Ringkasan Eksekutif: Kertas 1
                                                   3 3
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16