Page 12 - Seminar Penyelidikan 2021
P. 12

Seminar Penyelidikan JPPH ke-12 2021/ INSPEN




               Sepang dan seterusnya membina model bagi tujuan Penilaian Akruan.  Sasaran
               kajian  ini adalah  transaksi jual  beli tanah kediaman,  perdagangan dan
               pembangunan di Daerah Sepang. Kesemua data transaksi yang munasabah dan
               berpatutan  bagi tanah  kediaman, perdagangan  dan pembangunan yang
               direkodkan dalam tempoh kajian (2013 hingga 2018) dengan syer 1/1 dipindah
               milik. Data ini diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Jabatan
               Penilaian dan  Perkhidmatan Harta  Malaysia.  Data-data  tersebut kemudiannya
               disemak di JPPH Sepang untuk dilengkap bahagian lokasi (jarak dari kemudahan)
               menggunakan perisian GISPP dan Google Map.

               Tatacara Kaedah Structural Equation Model (SEM)

               Langkah Pertama
               Penyediaan pangkalan data. Data perlu disediakan di dalam Microsoft Excel untuk
               lebih mudah diuruskan.  Data-data  seperti jarak dari kemudahan  pengangkutan
               awam, pendidikan dan fasiliti kesihatan diperoleh daripada pejabat JPPH Sepang.
               Setiap data/  lot  akan dikesan terlebih  dahulu  melalui GISPP  di  pejabat  JPPH
               Sepang dan kemudian jarak-jarak tersebut akan dikenal pasti dari lot berkenaan
               melalui  Google Map.  Proses  ini  memakan masa  yang agak  panjang untuk
               melengkapkan kesemua data tersebut. Data kemudian disemak dan dipastikan
               agar tiada data yang tidak lengkap. Jika masih terdapat data yang tidak lengkap,
               maka  maklumat mengenai harta  tanah tersebut perlu  dikenal  pasti dan
               dilengkapkan. Data kemudian diberi kod mengikut kod yang telah ditetapkan. Hair
               et al. (1998), menyatakan sampel saiz minimum yang sesuai untuk menjalankan
               analisis SEM adalah 200 data. Data-data tersebut kemudian akan dipindahkan ke
               dalam Paparan Data IBM SPSS dan disediakan untuk langkah kedua.

               Langkah Kedua
               Peringkat seterusnya adalah untuk melukis gambar rajah (path diagram) di dalam
               SPSS AMOS. Gambar rajah ini perlu ada pemboleh ubah bersandar, latent factor
               (factor pendam), observed variable dan error (e). Gambar rajah tersebut adalah
               berdasarkan kepada teori atau hipotesis yang telah ditetapkan. Data yang telah
               disediakan dalam  IBM SPSS akan digabung  dengan  gambar rajah  yang telah
               disediakan di dalam SPSS AMOS.

               Langkah Ketiga
               Penilaian normality data akan dijalankan melalui SPSS AMOS. Data outliers akan
               dikenal pasti dan dikeluarkan.

               Langkah Keempat
               Proses analisis akan bermula dan hasilnya perlu dirujuk untuk melihat kesesuaian
               model. Beberapa jadual  penting  perlu  dirujuk dan kriteria-kriteria tertentu perlu
               dipatuhi bagi memastikan data adalah bersesuaian dengan model.

               Langkah Kelima
               Setelah kesemua kriteria telah  diperoleh maka satu  model akan terbentuk dan
               formula model tersebut juga dapat dijana.








        Ringkasan Eksekutif: Kertas 1              4 4
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17