Page 6 - Buku Program Latihan INSPEN 2020
P. 6

Prakata

        Pengarah INSPEN





















           Assalamualaikum w.b.t.


           Perancangan kursus bagi tahun 2020 telah dibuat dengan lebih teliti iaitu mengambil
           kira keperluan staf JPPH Malaysia khususnya dan penggiat dalam industri harta tanah
           di Malaysia amnya.  Program  latihan  ini telah  dirumus berdasarkan  maklumat  yang
           diperoleh daripada Analisa Keperluan Latihan (Training Needs Analysis) staf di JPPH
           Malaysia. Perancangan turut  mengambil  kira Pelan  Operasi Latihan (POL)  INSPEN,
           Laporan Keberkesanan Latihan terdahulu serta pandangan daripada Pihak Pengurusan
           JPPH Malaysia dan Panel Kurikulum di peringkat jabatan. Berdasarkan semua proses ini
           dan selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) membuktikan bahawa
           INSPEN  fokus merancang  program latihan  tahun  2020  bagi memenuhi  keperluan
           organisasi JPPH Malaysia yang semakin mencabar dan berdaya saing.


           Adalah menjadi harapan saya agar semua program dan aktiviti latihan yang dirancang
           akan dapat membantu pihak pengurusan tertinggi dalam melahirkan warga kerja yang
           kompeten dan dinamik. Sokongan dan penyertaan padu khususnya daripada semua
           warga JPPH Malaysia amat dialu-alukan supaya dapat memberi impak positif dalam
           pembangunan diri, kerjaya, organisasi dan negara untuk INSPEN dan JPPH Malaysia
           kekal sebagai peneraju dalam bidang harta tanah.

           Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
           terlibat  dalam memberi sumbangan  serta sokongan  ke atas  kejayaan  program  dan
           aktiviti latihan INSPEN.

           Terima kasih.




           Sr Haji Mohd Nazri bin Ahmad Zahari
           Pengarah INSPEN
           Institut Penilaian Negara
           Disember 2019

        Buku Program Latihan INSPEN 2020  5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11