Page 10 - Buku Program Latihan INSPEN 2020
P. 10

INFORMASI PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL





           INSPEN merupakan sebuah institusi yang mengendalikan latihan dalam perkhidmatan.
           INSPEN  merupakan satu-satunya pusat latihan  yang menawarkan latihan  di  dalam
           bidang penilaian dan perkhidmatan harta di  Malaysia. Latihan ditawarkan kepada
           semua pihak yang terlibat di dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta, sama
           ada dari sektor awam mahupun swasta.


           Pada 2  November  2001,  Pusat Pembangunan  Profesional (dahulu dikenali sebagai
           Bahagian  Latihan)  telah  mendapat  pengiktirafan  oleh  Malaysia International
           Organisation for  Standardisation  daripada  SIRIM  Berhad  untuk  pensijilan  MS  ISO
           9001:2000 dan telah dikemaskini kepada MS ISO 9001:2008 pada 2 November 2010.
           Pada 29 November 2018, Pusat Pembangunan Profesional telah mendapat persijilan
           MS ISO 9001:2015 dan berjaya mengekalkan hingga kini.


           Dasar Kualiti Pusat Pembangunan Profesional


           INSPEN akan memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, sesuai dengan kehendak
           pelanggan, dan menepati keperluan industri harta tanah dengan memberi penekanan
           kepada usaha penambahbaikan yang berterusan.



           Objektif Kualiti Pusat Pembangunan Profesional


              •  Mengendalikan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun;
              •  Mengedar Program Latihan Tahunan kepada pelanggan sebelum 31 Disember
                  tahun sebelumnya;
              •  Memastikan purata  pencapaian  objektif setiap program latihan  mencapai
                  sekurang-kurangnya 80%; dan
              •  Memastikan purata  pencapaian  prestasi pensyarah mencapai sekurang-
                  kurangnya 75%.



















        Buku Program Latihan INSPEN 2020  9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15