Page 5 - Buku Kolokium 2021
P. 5

Kolokium Disertasi Pascasiswazah ke-4 2021/ INSPEN





                            KATA PENGANTAR PENGARAH INSPEN

















               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

               Syukur ke  hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, INSPEN telah dapat
               menganjurkan Kolokium Disertasi Pascasiswazah ke-4  tahun  2021 buat  julung
               kalinya secara  dalam  talian akibat  negara kita  masih lagi  menghadapi cabaran
               pandemik Covid 19.

               Kolokium Disertasi Pasca Siswazah dianjurkan sebagai medan perkongsian ilmu
               dalam penyelidikan  atau kerja khusus khas untuk penerima Hadiah  Latihan
               Persekutuan (HLP),  Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/  Sambilan
               (HLPS) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) di peringkat
               pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

               Program ini juga adalah bagi menggalakkan budaya perkongsian ilmu di kalangan
               pegawai JPPH,  di  samping  memberikan  pendedahan kepada  realiti  dunia
               penyelidikan  kepada warga JPPH apabila  berada di peringkat pascasiswazah.
               Hasil penyelidikan yang dibentangkan adalah terdiri daripada pelbagai cabang ilmu
               dalam industri harta  tanah  dan bidang  yang berkaitan.  Melalui kolokium ini
               diharapkan ia dapat memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada semua
               warga JPPH.

               Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada para pembentang dan terima
               kasih  kepada Ahli  Jawatankuasa Induk  dan  Kecil  Kolokium Disertasi
               Pascasiswazah, para  pembentang dan  semua  yang  terlibat  dalam menjayakan
               Kolokium Disertasi Pascasiswazah kali ke-4.

               Sekian, terima kasih.


               Sr MOHD NAZRI BIN AHMAD ZAHARI
               Penasihat Jawatankuasa Kolokium Disertasi Pascasiswazah
               Institut Penilaian Negara (INSPEN)
               Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
               Kementerian Kewangan Malaysia







                                                   iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10