Page 4 - Buku Kolokium 2021
P. 4

Kolokium Disertasi Pascasiswazah ke-4 2021/ INSPEN




                      KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN
                                     PERKHIDMATAN HARTA


















                    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

                    Alhamdulillah. Dengan keberkatan daripada Allah SWT, Kolokium
                    Disertasi Pascasiswazah yang ke-4  dapat diadakan dengan jayanya.

                    Matlamat  JPPH  seiring  dengan Falsafah  Pendidikan Kebangsaan di
                    mana  pendidikan merupakan satu usaha  berterusan ke  arah
                    memperkembangkan lagi potensi individu  secara menyeluruh  dan
                    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
                    segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

                    Justeru itu, melalui  penganjuran  Kolokium  Disertasi  Pascasiswazah
                    ini, platform perkongsian ilmu oleh Pegawai JPPH yang telah memiliki
                    Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dapat dilaksanakan di mana ianya
                    mampu   memantapkan   modal    insan ke  peringkat yang  lebih tinggi
                    khusus dalam bidang penilaian  dan perkhidmatan  harta tanah serta
                    secara langsung membangunkan kerjaya mereka khusus di JPPH.

                    Akhir kata,  sekalung penghargaan  diucapkan  kepada pihak INSPEN
                    kerana telah menjadikan  Kolokium Disertasi Pascasiswazah ke-4
                    sebagai wadah yang berterusan bagi memartabatkan perkongsian ilmu
                    dalam profesion penilaian dan perkhidmatan harta.

                    Sekian, terima kasih.




                    YBHG. DATO’ Sr A’ZMI BIN ABDUL LATIF
                    Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta
                    Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
                    Kementerian Kewangan Malaysia










                                                   ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9