header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

MESYUARAT KUMPULAN FOKUS RESEARCH NEED IDENTIFICATION (RNI) NAPREC RMK-13

28 Februari 2024 – Mesyuarat Kumpulan Fokus Research Need Identification (RNI) NAPREC, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 28 Februari sehingga 1 Mac 2024 bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang seterusnya merasmikan mesyuarat ini. Matlamat utama mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan tajuk-tajuk baharu, isu terkini berkenaan bidang harta tanah yang memerlukan kajian atau penyelidikan dengan menggunakan geran penyelidikan NAPREC, RMK-13. Seterusnya, dapat menghasilkan output yang berkesan dan berimpak tinggi khususnya terhadap sektor harta tanah di Malaysia.

Ucapan terima kasih kepada semua Pengerusi Bidang serta ahli mesyuarat yang hadir meliputi lima (5) bidang penyelidikan iaitu Real Estate Valuation (REV), Real Estate Laws and Policies (RELP), Real Estate Industry and Analysis Industry (REIAS), Real Estate Management and Services (REMS) dan Real Estate Development and Finance (REDF).

INSPEN juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli jemputan antaranya Encik Abdul Hakim Amir Zainol (Naib President Kanan, Kewangan, Cagamas), Puan Norsazila Nordin (Timbalan Ketua Pengarah, Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara), Encik Tan Kian Aun (Presiden MIEA), YBhg. Datuk Chang Kim Loong (Setiausaha Kehormat, Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah Malaysia (HBA), wakil PLANMalaysia, wakil DBKL, wakil UKAS dan ahli jemputan lain.