header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

Penyelidikan INSPEN JPPH

Unit Penyelidikan menawarkan perkhidmatan penyelidikan mengikut keperluan Jabatan dalam pelbagai bidang seperti Penilaian, Pengurusan Harta Tanah, Pasaran Harta Tanah, Pembangunan Harta Tanah, Perundangan Harta Tanah, Kos Pembinaan, Teknologi berkaitan harta tanah dan sebagainya.
 
Penyelidikan ini dijalankan oleh Penyelidik Jabatan yang berada di INSPEN, Cawangan JPPH dan juga Research Intern (RI). Tajuk-tajuk penyelidikan adalah ditentukan melalui Research Need Analysis (RNA) yang dijalankan dan tajuk tersebut perlu diluluskan oleh Panel Jawatankuasa Validasi Penyelidikan JPPH (JKV). Panel JKV ini juga memantau dan mengesahkan status kesiapan sesuatu kertas penyelidikan. Kertas-kertas penyelidikan yang dihasilkan hanyalah untuk edaran dalaman sahaja.

Klik URL berikut untuk melihat senarai tajuk penyelidikan yang dijalankan oleh Penyelidik JPPH.

SENARAI TAJUK PENYELIDIKAN

 

 

Research Need Analysis (RNA)

Unit Penyelidikan turut menjalankan RNA bagi mendapatkan cadangan tajuk/ isu kajian yang relevan dan terkini untuk dilaksanakan oleh Penyelidik Jabatan JPPH. Klik URL berikut untuk menjawab soalan kaji selidik RNA.

SOALAN KAJI SELIDIK RNA

 

 

Pengumpulan Bahan Penerbitan

Unit Penyelidikan turut menjalankan pengumpulan bahan penerbitan untuk diterbitkan oleh Unit Perundingan dan Inovasi. Penerbitan yang berkaitan adalah Kertas Penyelidikan JPPH, Journal of Valuation and Property Services (JVPS), Occasional Papers dan Kajian Kos Pembinaan Bangunan.

Penyelidik, ahli akademik, penggiat industri adalah dipelawa untuk menyumbangkan artikel untuk diterbitkan. Maklumat lanjut mengenai garis panduan artikel boleh diperolehi di URL berikut:-

  • Call for Papers : Journal of Valuation And Property Services (JVPS) 
         https://www.inspen.gov.my/index.php/en/68-call-for-papers-journal
  • Call for Papers : Occasional Papers JPPH
         https://www.inspen.gov.my/index.php/my/69-call-for-papers-occasional

Unit Penyelidikan juga terlibat dalam penerbitan Buku Kajian Kos Pembinaan Bangunan. Pengumpulan bahan dibuat oleh Unit Informasi Harta Cawangan JPPH dan analisis dilakukan oleh Unit Penyelidikan INSPEN dan seterusnya buku tersebut menjadi rujukan pegawai-pegawai di cawangan.

 

 

Penganjuran Seminar/ Persidangan

Di samping itu, Unit Penyelidikan juga menguruskan penganjuran Seminar Penyelidikan JPPH dan Persidangan International Real Estate Research Symposium (IRERS).

Maklumat lanjut mengenai IRERS boleh dicapai di URL ini.

https://www.inspen.gov.my/index/my/IRERS

Maklumat lanjut Seminar Penyelidikan JPPH di URL ini.

https://www.inspen.gov.my/index.php/my/SeminarJPPH

Keterangan lanjut, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.