Page 4 - Buku Program Latihan 2023
P. 4

P
                                                                           Program Latihan INSPEN 2023  3
                                                                            rogram L
                                                                                   atihan INSPEN 2023
                        PERUTUSAN PENGARAH INSPEN

        Dengan  nama  Allah  yang  Maha  Pemurah  lagi  Maha  Mengasihani.  Selawat  dan  Salam  ke  atas
        junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda.
        Besarlah harapan agar Buku Program Latihan 2023 ini dapat dijadikan wadah oleh warga Jabatan
        Penilaian  dan  Perkhidmatan  Harta  (JPPH)  merancang  pembangunan  modal  insan  mengikut
        keperluan kompetensi. Program Latihan ini terhasil dari proses verifikasi dengan  menjalankan Analisis
        Keperluan  Latihan, kajian  keberkesanan  program latihan  terdahulu  dan perbincangan  yang
        mantap dari pihak pengurusan di semua peringkat JPPH. Validasi di peringkat Pengurusan
        Tertinggi turut  dilaksanakan  bagi memastikan setiap program  latihan yang ditawarkan
        memenuhi keperluan dan hala tuju jabatan.

        Sebagai menyahut  cabaran globalisasi,  INSPEN  bersedia menuju ke  arah peringkat
        antarabangsa dengan menyediakan peluang program latihan baharu di kalangan peserta
        luar negara. Selain dari itu program profesional melibatkan penggiat industri harta tanah
        turut ditawarkan bagi meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya.
        Akhir kalam, saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan  kepada semua pihak
        yang telah memberi sokongan ke atas program dan aktiviti latihan INSPEN. Semoga
        kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

        Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum wbt.Terima kasih.

        Sr HAJI AMRAN BIN MAT YAACOB
        Pengarah
        Institut Penilaian Negara
        Disember 2022
   1   2   3   4   5   6   7   8   9