Page 11 - INSPEN - Buku Program Latihan 2022
P. 11

INFORMASI PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL




          INSPEN sebagai sebuah institusi yang mengendalikan latihan dalam
          perkhidmatan merupakan satu-satunya pusat latihan yang menawarkan latihan di
          dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta di Malaysia. Latihan ditawarkan
          kepada semua pihak yang terlibat di dalam bidang penilaian dan perkhidmatan
          harta, sama ada dari sektor awam mahupun swasta.


          Pada 2 November 2001, Pusat Pembangunan Profesional (dahulu dikenali sebagai
          Bahagian  Latihan)  telah  mendapat  pengiktirafan  oleh  Malaysia International
          Organisation for  Standardisation  daripada  SIRIM  Berhad  untuk  pensijilan  MS
          ISO  9001:2000  dan  telah  dikemaskini  kepada  MS  ISO  9001:2008  pada  2
          November  2010.  Pada  29  November  2018,  Pusat  Pembangunan  Profesional
          telah mendapat persijilan MS ISO 9001:2015 dan berjaya mengekalkan hingga
          kini.


          Dasar Kualiti Pusat Pembangunan Profesional
          INSPEN akan memberi  perkhidmatan  latihan  yang berkualiti,  sesuai  dengan
          kehendak  pelanggan  dan  menepati  keperluan  industri  harta  tanah  dengan
          memberi penekanan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan.



          Objektif Kualiti Pusat Pembangunan Profesional
             »  Mengendalikan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun.
             »  Mengedar  Program  Latihan  Tahunan  kepada  pelanggan  sebelum  31
              Disember tahun sebelumnya.
             »  Memastikan  purata  pencapaian  objektif  setiap  program  latihan  mencapai
              sekurang-kurangnya 80%.
             »  Memastikan  purata  pencapaian  prestasi  pensyarah  mencapai  sekurang-
              kurangnya 80%.
















                                                 Program Latihan INSPEN 2022      5
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16