Persidangan Naprec Ke-15 ( 4 Semptember 2019 )
Persidangan NAPREC ke-15 telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi INSPEN bertempat di Dewan Jubli INSPEN pada 4 September lalu dan dirasmikan oleh YBrs. Sr Ahmad Zailan Azizuddin (Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH).
Kali ini, sebanyak 7 projek penyelidikan berkaitan harta tanah telah dibentangkan oleh para ahli akademik dari UM, UTM, UUM, UiTM dan UNIMAS.
Untuk makluman, NAPREC atau National Real Estate Research Coordinator (Pusat Kordinator Penyelidikan Harta Tanah Negara) telah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan Malaysia untuk memberikan dana di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) kepada mana-mana penyelidikan berskala kecil iaitu dalam lingkungan RM50,000 bagi mencari projek penyelidikan yang dapat memberi impak kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
{gallery}INSPEN/Berita2020/NaprecConference{/gallery}