Page 4 - Seminar Penyelidikan 2021
P. 4

Seminar Penyelidikan JPPH ke-12 2021/ INSPEN




               KATA ALUAN

               Bismillahirrahmanirrahim.
               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

                                         Sekalung  tahniah dan  syabas diucapkan kepada
                                         INSPEN  atas  usaha dan komitmen menganjurkan
                                         Seminar Penyelidikan JPPH untuk kali ke-12 dengan
                                         mengadaptasi  norma baharu.  Walaupun dalam
                                         situasi  negara  berdepan pandemik  Covid-19,
                                         penganjuran seminar tetap diadakan sebagai wadah
                                         kepada penyelidik Jabatan untuk berkongsi
                                         maklumat berkaitan kajian-kajian ilmiah yang telah
                                         dilaksanakan.

                                         JPPH sedar  bahawa sebagai salah  satu agensi
                                         awam yang berperanan sebagai penasihat kerajaan
                                         berkaitan  industri harta tanah,  nasihat  dan
                                          pandangan Jabatan perlu disokong oleh hasil kajian
                                         dan bukti emperikal bagi menyerlahkan kewibawaan
               Jabatan sebagai peneraju profesion penilai dan perunding harta tanah. Justeru itu,
               amalan penyelidikan perlu dibudayakan dalam kalangan warga JPPH agar lebih
               banyak penemuan  penyelidikan  dapat dihasilkan dan  dimanfaatkan bagi
               meningkatkan profesionalisme di JPPH.

               Akhir kata,  syabas  dan tahniah  diucapkan kepada para  pembentang  kertas
               penyelidikan  di Seminar kali  ini. Di samping  itu, saya juga merakamkan jutaan
               terima  kasih kepada  barisan Jawatankuasa  Penyelidikan Jabatan (JKP) dan
               Jawatankuasa Validasi  Penyelidikan  (JKV)  atas  usaha dan komitmen yang
               diberikan bagi memastikan kertas penyelidikan Jabatan mencapai piawaian yang
               ditetapkan. Tidak dilupakan, ucapan penghargaan kepada sekretariat dan semua
               pihak yang telah  bertungkus-lumus  dalam menjayakan  Seminar  Penyelidikan
               JPPH ke-12 ini.

               Sekian, terima kasih.


               DATO’ Sr A’ZMI BIN ABDUL LATIF
               Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Jabatan
               Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta
               Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
               Kementerian Kewangan Malaysia












                                                   ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9