Page 10 - Buku Program Latihan INSPEN 2019
P. 10

PROFIL KORPORAT INSPEN




        Objektif
        INSPEN ditubuhkan untuk meningkatkan pengetahuan  dan kemahiran modal
        insan JPPH dan industri harta tanah melalui latihan, penyelidikan dan pendidikan
        demi memberi perkhidmatan  penilaian  dan perkhidmatan  harta yang menepati
        masa, berkesan dan boleh dipercayai.




        Visi
        Selaras dengan visi jabatan untuk menjadi organisasi penilaian yang terbaik di
        dunia melalui perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada negara, INSPEN
        berazam menjadi pusat latihan, penyelidikan, pendidikan dan perundingan harta
        tanah yang terunggul dalam industri harta tanah.



        Misi
        Untuk merealisasikan  visi tersebut, misi INSPEN adalah  untuk melengkapkan
        tenaga  kerja bagi  menghadapi cabaran  baru dan menyesuaikan  diri dengan
        perubahan  dengan menyediakan perkhidmatan  penyelidikan yang berwibawa,
        perkhidmatan  perundingan,  latihan dan pendidikan  untuk memenuhi  keperluan
        dan permintaan industri harta tanah.



        Fungsi
        Perkhidmatan kami:
           »  Latihan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
           »  Latihan Pengurusan dan Teknologi Maklumat
           »  Latihan Profesional dan Pembangunan Eksekutif
           »  Penyelidikan Harta Tanah
           »  Dana Penyelidikan Harta Tanah
           »  Penerbitan Harta Tanah
           »  Perundingan dan Pembangunan Produk Harta Tanah
           »  Program Pendidikan Tinggi Bidang Harta Tanah
           »  Program Penempatan Dalam dan Luar Negara
           »  Program Eksport Perkhidmatan Pakar
           »  Program Kerjasama Teknikal Malaysia
           »  Sebagai pusat sumber rujukan khusus dalam bidang harta tanah




        4      Prog ram L at i han INSPEN 2019
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15