header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

1Jualan Online dalam sehari

Jualan Online

Pengarang  :  Irfan Ahmad Kamal           

Imprint  :  Kuala Lumpur :  Synergi  Media , 2019 

Mukasurat : 156 ms 

Sinopsis:

Pembahasan dalam buku ini mencakupi:

  • Mengenali pola bisnes online di internet
  • Tatacara dan prinsip bisnes kedai online
  • Kajian kes tiga produk di kedai online
  • Tip dan panduan sukses bisnes online dari pengalaman pengguna

2. Nota Wasiat

Nota Wasiat

Pengarang : Md Ghazali Ibrahim                

Imprint  :  Kuala Lumpur  :  Mustread  , 2009

Mukasurat : 88 ms 

Sinopsis:

Membuat Surat Wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan Bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharaan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.

3. Penyelidikan Tindakan :  Panduan Penulisan Laporan

Penulisan Laporan

Pengarang : Pasukan Penyelidikan        

Imprint :  Bandar Baru Bangi  :  Pelangi Professioanl Publishing , 2015

Mukasurat : 146 ms 

Sinopsis :

Buku Penyelidikan Tindakan : Panduan Penulisan Laporan di tulis berdasarkan proforma terbaharu untuk siswi siswi guru yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru seluruh negara.  Buku ini juga sesuai untuk guru dalam perkhidmatan, siswa siswi yang mengikuti kursus pendidikan di IPTA/IPTS dan mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan.

4. Peraturan Dan Kawalan Guna Tanah Bandar

Guna Tanah Bandar

Pengarang :  Kamarudin Ngah          

Imprint :  Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993  

Mukasurat :  205 ms  

Sinopsis :

Peraturan dan kawalan guna tanah bandar merupakan penulisan penting dalam bidang perancangan dan pembangunan bandar.  Pembangunan bandar yang semakin pesat dan kompleks memerlukan penilaian kembali peraturan dan kawalan guna tanah semasa.  Peraturan dan kawalan yang sedia ada serta permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan perlu fifahami dalam konteks pentadbiran, perancangan dan perundangan.  Penulis ini menjadi lebih praktikal dengan mengambil bandar Kuala Terengganu dan Pulau Pinang sebagai Kes Kajian.

5. Personality Mana Satu Karektor Anda

Karektor Anda

Pengarang :  Florence Littauer          

Imprint       :  Petaling Jaya :  Hijjaz , 2012 

Mukasurat :  240 ms  

Sinopsis :

Masalah asas yang sering dihadapi dalam hubungan sesama manusia adalah tidak mengenali sifat sebenar kita dan orang lain.  Kita sukar menerima kelemahan dan kelebihan orang lain tetapi mahu orang lain menerima kelemahan dan kelebihan kita.  Temui keistimewaan dan kehebatan yang Allah anugerahkan pada kita melalui personality plus.  Anda akan belajar mengenai :

  • Sanguine yang sopan, bersemangat dan sentiasa ceria.
  • Melancholy yang berfikiran dalam teliti dan setia
  • Choleric yang sukakan cabaran, kesungguhan dan keyakinan
  • Phlegmatic yang peramah, penyabar dan pemendam

Kita memiliki salah satu sifat -sifat itu atau mungkin juga kombinasinya.  Anda akan belajar bagaimana memanfaatkan keunikan setiap sifat itu bagi menghasilkan keharmonian dalam hubungan.

6. Pesara Jutawan

Pesara Jutawan

Pengarang  :  Azizi Ali                

Imprint         : Kuala Lumpur :  Truewealth  , 2006

Muka surat :  158 ms 

Sinopsis :

buku edisi terkini pesara jutawan ini akan memberi panduan mengenai strategi terbaru merancang kewangan peribadi yang efektif dan praktikal untuk jaminan kesejahteraan hidup selepas bersara di malaysia.  strategi-strategi baru untuk bersara dengan kaya dan bahagia di Malaysia.

7. Selling your house for dummies

Saling House 4 Dummies

Pengarang :  Eric Tyson         

Imprint  : New Jersey :  Wileys and Sons , 2018

Muka surat : 364 ms.

Sinopsis :

Sell your house in any market

Whether you're selling your home yourself or using a realtor, this helpful guide offers all the information you need to make an otherwise-stressful undertaking go smoothly. In Selling Your House For Dummies, you'll find plain-English, easy-to-follow information on the latest mortgage application and approval processes, the hottest websites used in the house-selling process, and revised tax laws that affect the housing and real estate markets.

From the author team behind America's #1 bestselling real estate book, Home Buying Kit For Dummies, this book offers Eric Tyson and Ray Brown's time-tested advice, recommendations, and strategies for selling your house given current market conditions. From staging your home to utilizing technology to sell your house directly to home buyers, this trusted resource is packed with tips and ideas to make your home the most appealing house on the block.

  • Prepare your property for the best offer
  • Stage and market your house successfully
  • Negotiate and successfully close the sale
  • Make sense of contracts and forms used in the house-selling process

Get the tried-and-true advice that will help you sell your property!

8. Teknologi Dan Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan

Penyelenggaraan Bangunan

Pengarang : Azlan Shah Ali       

Imprint  : Kuala Lumpur :  University Malaya , 2013 

Muka surat :  116 ms

Sinopsis :

Penggunaan teknologi yang terkini dan bersesuaian dapat memenuhi piawaian yang dikehendaki klien, selain disokong dengan perancangan pengurusan penyenggaraan yang cekap dan teratur sudah pasti matlamat penyenggaraan itu dapat dicapai keseluruhannya.  Penulisan buku ini bertujuan mengetengahkan teknologi penyenggaraan terkini yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti penyenggaraan bangunan yang dilaksanakan.  Dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian, bangunan yang di selenggara dapat berfungsi dengan baik di samping kod keseluruhan jangka panjang yang rendah.

Selain buku ini, buku teknologi pengurusan penyenggaraan bangunan ini juga menekankan kaedah-kaedah pengurusan penyenggaraan yang perlu di lakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyenggaraan.  Perancangan pengurusan yang tepat amat penting sebelum kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan agar tidak membazirkan masa dan kos..kandungan buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar sekolah serta penuntut di Universiti dalam bidang Alam Bina berkaitan, pemilik bangunan, pembuat dasar, pihak berkuasa tempatan mahupun pihak yang terlibat melaksanakan kerja penyenggaraan bangunan.

9. The Strategic Property Investor

Strategic Property Investor

Pengarang  :  Ahyat Ishak              

Imprint  : Cheras : Greater Syngergy  , 2013

Muka surat :  132 ms   

Sinopsis :

Ahyat Ishak is the author of the bestselling book, The Strategic Property Investor, and the founder of the Strategic Property Investor programme, which has helped many Malaysians create immense and sustainable wealth through property investment. He first began property investing more than a decade ago and became a millionaire before the age of 30 despite his humble beginnings. Through his experience and learning from many successful property millionaires, he has discovered the REAL Wealth Formula and has also trademarked his Strategic Property Investor Modelâ„¢, which is the framework for his highly acclaimed workshops, seminars and talks.

This book contains the following and much more!

  • The Strategic Property Investor Model Learn how to simplify the complexity of property investment with Ahyat's trademarked intellectual model, which is the first in the world!
  • Impact your investor mindset Be ready to have your investing mindset impacted with the 8 powerful mindset that will immediately transform you to think like a Strategic Property Investor!
  • 8 Critical Competencies Learn the 8 competences or critical success factors that will enable you to invest in times of uncertainly; be it good times or bad times!

10. Urus Harta Urus Iman

Urus Harta Urus Iman

Pengarang : Shereeza Mohamed Saniff                 

Imprint : Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka ,  2013

Muka surat :  91 ms

Sinopsis :

Buku ini mengetengahkan konsep asas tentang harta yang diperkenalkan dengan menjelaskan kedudukan harta yang sebenarnya menurut epistermologi dan tasawur Islam.  Buku ini bermula dengan huraian tentang perkaitan antara harta dan iman. Perbincangan ringkas tentang perbezaan antara pendekatan pengurusan harta berteraskan Islam dengan pengurusan harta berbentuk Islam atau pengurusan harta dari perspektif Islam turut di kupas dalam buku ini.

Kupasan ini disusuli pula dengan perbincangan ringkas tentang tiga bentuk harta dan lima tahp iman dan bagaimana kesedaran tentang harta ini dapat di jadikan ukuran iman seseorang.  Penghuraian tentang pentingnya anjakan paradigma dalam menangani isi pengurusan harta turut di sertakan.  Perbincangan buku ini diakhiri dengan m,emberikan kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya mencari harta yang boleh membawa kepada kekayaan serta kepentingan penjagaan dan pengurusan harta tersebut.