header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

1. Amalan tebus guna tanah, reka bentuk bandar dan seni bina di Malaysia

tebus guna tanah011

Pengarang  : Ahmad Sanusi Hassan

Imprint  : Pulau Pinang  :  Penerbit Universiti Sains  Malaysia , 2017

Mukasurat : 179 ms

Sinopsis:

Amalan tebus guna tanah mula diperkenalkan di Kota Melaka pada tahun 1511 oleh penjajah Portugis dalam pembinaan pelabuhan di muara Sungai Melaka dan kubu pertahanan A’ Famosa menggunakan batu laterit, kemudiannya penjajah Belanda dalam pembinaan bangunan Stadthuys dan akhirnya penjajah Inggeris dalam pembinaan bandar kolonial di Pulau Pinang yang menggunakan teknik binaan batu bata.  Sehingga kini, tebus guna tanah dan teknik binaan batu bata masih diamalkan dalam pembangunan reka bentuk bandar dan seni bina selepas kemerdekaan Malaysia. Buku ini mengetengahkan masalah dalam amalan tebus guna tanah dan teknik binaan batu bata terhadap pembangunan reka bentuk bandar dan stail seni bina di Malaysia. Amalan tebus guna tanah ini tidak lestari dan kurang sesuai dengan alam persekitaran di rantau ini. Kerakusan pembangunan ala kolonial ini telah mengakibatkan berlakunya bencana alam yang lebih kerap dan dahsyat.

Justeru, amalan ini perlu dikurangkan dan digantikan dengan amalan binaan yang lebih holistik melalui kaedah binaan tradisional menggunakan sistem binaan pelantar. Buku ini membincangkan amalan binaan tradisional yang lebih mesra alam, tidak seperti amalan tebus guna tanah yang telah dipraktikkan sejak sekian lama.

2. Bayangan Gurauan

bayangan gurauan005

Pengarang : Sayhazs Zailie

Imprint  : Shah Alam  :  Group Buku Karangkraf Sdn. Bhd. , 2017

Mukasurat : 859 ms

Sinopsis:

IRISH QIARA, zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula.

TENGKU HARRYS DAMIEN, hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian.

Pertemuan antara mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish berkhidmat di sana, Tengku Harrys pulang semula ke Malaysia untuk membantu keluarga menguruskan syarikat tersebut setelah puas menimba pengalaman di perantauan. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya memerhati dari jauh. Namun disebabkan beberapa insiden yang berlaku suatu ketika dulu membuatkan wajah Irish terpahat kemas dalam ingatan Tengku Harrys. Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun hari-harinya semenjak kejadian itu.

Keadaan berubah apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat memetrai ikatan antara Tengku Harrys dan Irish. Di saat itu, Reza muncul semula bersama agenda tersembunyi. Tengku Melissa pula tidak henti mencuri perhatian Tengku Harrys demi meraih cinta yang terpendam rapi. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai ingin memparahkan lagi. Masih tegarkah dua hati menyulam kasih pabila rahsia yang sekian lama terlempar jauh disingkap kembali? Masih utuhkah dua jiwa menganyam cinta kala badai yang hadir menyapa seakan tidak mahu beransur pergi?

“Saya rasa perasaan Tengku belum pergi lebih jauh. Atau mungkin belum ada sekelumit pun perasaan dalam hati Tengku. Jadi masih belum terlambat untuk undur diri…” – IRISH

“Seumur hidup saya mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap saya akan berpatah balik!” – TENGKU HARRYS

3. Dunia seni bina sekilas fakta

dunia seni bina009

Pengarang : Mohd Tajuddin Mohd Rasdi

Imprint : Kuala Lumpur  :  Dewan Bahasa dan Pustaka , 2016

Mukasurat : 119 ms

Sinopsis :

Buku ini memberikan pendidikan secara santai tentang pelbagai jenis bangunan dan gaya rupa seni bina di Malaysia dan di dunia. Buku ini sekadar membuka lembaran awal tentang selok-belok isi kandung kesenian dalam ‘’seni bina” apabila aspek budaya, politik, idea, teknologi dan alam persekitaran mempengaruhi reka bentuk bangunan. Orang awam kebanyakannya beranggapan bahawa seni bina hanya satu tempat berlindung atau sebuah hasil kerja seni yang indah. Namun demikian, sebuah bangunan yang baik dapat mempengaruhi corak kehidupan manusia manakala bangunan yang tidak sempurna reka bentuknya boleh memusnahkan hubungan budaya dan nilai masyarakat.

4. Ideal green homes : Understanding the needs of Malaysians house buyers

ideal green homes006

Pengarang : Mohd Wira Mohd Shafiei

Imprint : Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2017

Mukasurat : 90 ms

Sinopsis :

Public interest and concern about climate change has been mounting steadily in recent years.  Fully aware that the issue significantly contributes to greenhouse gas emissions, the housing industryhas been actively promoting property developers to built environmentally conscious houses for the buyers.  While the topic has generated interest fromvarious parties in the housing sector, there remain questions about the green phenomenon, particularly pertaining to the economic demandand supply of the housing market.  This book seeks to provide an understanding of how the green homes agenda fits in with the needs of both the supplier and buyer sides of the market.  The housing developers could only build the right green homes for the house buyers once they understand what the buyers really want.  To provide prevalence of green homes to the buyers, there is a need to develop a green homes assessment framework that could integrate community design and planning, efficient usage of resource, use of alternative resources, natural system,protection and safety, and reusing and recycling of materials factors.   This framework could be the answer to solve a multitude of problems in building, and subsequently propels the development of green homes in the Malaysian housing industry

5.  Indahnya pemakanan & perubatan Islam

indahnya pemakanan perubatan Islam013

Pengarang : Dr. Fasley Rahim

Imprint       : Kuala Lumpur :  Telaga Biru , 2015

Mukasurat : 378 ms

Sinopsis :

Makanan ialah makanan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan, serta mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin dan mineral. Bahan ini dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada tenaga, mengekalkan kehidupan, serta merangsang pertumbuhan.

Bagi mencapai natijah optimum dari sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Hal ini boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Alangkah indahnya agama ini, bukan sahaja menunjukkan jalan supaya memilih makanan yang baik kepada jasmani, bahkan menyuruh agar memastikan makanan itu benar-benar halal demi menjaga aspek rohani.

“Allah SWT yang telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah SWT dengan jelas dalam Al-Quran. Allah SWT menerangkan bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudia dipisahkan menjadi langit dan bumi. Segala ciptaan Allah SWT mempunyai manfaat yang banyak bukan sahaja kepada manusia, haiwan, mahupun tumbuhan”

Mengapakah anda perlu memiliki buku ini:

- Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat Al Quran dah hadis Nabi

SAW tentang tumbuhan dan makanan

- Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan di sekeliling kita

- Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian bidang

berkaitan

- Menyediakan panduan kepada pengamal perubatan alternatif

- Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan

6. Marketing management

marketing010

Pengarang  : Dawn Iacobucci

Imprint         : Australia  :  Cengage Learning , 2018

Muka surat : 324 ms

Sinopsis :

Provide a complete overview and the detailed material that your upper level undergraduate, first-year MBA and EMBA courses where students need to master core concepts in marketing management with Dawn Iacobucci’s MARKETING MANAGEMENT, 5E. Simply pair this proven book with cases, group work, and/or simulations to create a dynamic and engaging upper-level course. MARKETING MANAGEMENT, 5E reflects the vibrant and challenging environment facing today’s marketers. Engaging explanations, timely cases and memorable examples help readers understand how an increasingly competitive global marketplace and current changes in technology affect the marketing decisions that today’s managers must make.

7. Mungkahkah ini solat terakhirmu?

mungkinkah ini solat terakhirmu008

Pengarang : Syed Alwi Alatas

Imprint  : Petaling Jaya :  Galeri Ilmu , 2014

Muka surat : 258 ms.

Sinopsis :

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk selalu menegakkan solat dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukan. Dan berilah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang belum lagi tergerak hatinya untuk tunduk sujud kepada-Mu.

Masih ramai yang bersikap acuh tak acuh berkenaan solat, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia adalah warisan agung. Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya?

Buku ini membenarkan sebuah hadis Nabi yang menyebutkan bahawa pada akhir zaman, solat akan menjadi sesuatu yang ditinggalkan. Rasulullah SAW bersabda: “Jika Islam dilucutkan, sekeping demi sekeping, orang-orang akan berpegang kuat pada perkara yang berikutnya. Perkara pertama yang akan hilang ialah pemerintahan dan kerajaan, dan yang terakhir ialah solat.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Kini kita boleh lihat betapa ramai manusia tidak bersolat. Ada yang pandai berbicara tentang hal-hal berkenaan agama, tapi tidak bersolat. Ada yang telefon pintarnya melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat, tetapi dia sendiri tidak bersolat. Ada Muslimah yang pakai tudung, tapi tidak bersolat.

Inilah yang cuba disingkap oleh penulis … menjawab kepada persoalan mengapa orang Islam tidak mahu bersolat, sehingga keadaan ini melemahkan ummah. Walhal jika solat dijaga dengan penuh tanggungjawab dan amanah, umat Islam mampu berdiri teguh di tengah-tengah musuh Islam.

Justeru, MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU? mengajak, menyeru dan memberi motivasi kepada pembaca untuk bangun mendirikan solat … agar dengannya kita muncul dan berada kembali di tempat sewajarnya, iaitu sebagai umat terbaik.

8. Neredesin? Awak di mana?

neridisin014

Pengarang : Puteri Nor

Imprint  : Shah Alam : Penerbit Karyaseni Sdn. Bhd. ,2016

Muka surat : 994 ms

Sinopsis :

Demi duha… Dan malam, apabila ia sunyi sepi.

Gel görbeniaşkneyledi. Mari lihat apa cinta buat kepada saya.

Ruby Haya arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan. Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan yang dialami. Peradaban tinggi pemuda peranakan Arab dan Turki itu mempesonakan Ruby. Takdir mereka bercantum di Bursa apabila flight leader itu melamar selepas suatu kejadian besar. Si ibu mentua cuba menyingkirkan Ruby apabila sejarah hitam keluarganya dibongkar oleh saudara yang berdengki. Tidak pernah mengecap kasih ibu, didewikannya wanita itu. Namun solusi berisiko tinggi yang diambil memakan diri. Kecewa, Ruby ke ibu kota untuk menjadi hamba kerjaya. Dalam satu kejadian, dia bertemu dengan doktor perubatan merangkap pengusaha business sukan air berjiwa bebas.

“Semua beach boy tak senonoh pada pandangan awak?” – SHAH

Ayhan yang menyelamatkan Ruby di hutan Chiang Mai pula ada misi peribadi.

“Kalau ditanya, say it loud and say it proud. Tuhan yang anugerahkan awak status itu.”– AYHAN

Baru persahabatan dengan Shah dan Ayhan berkembang, Syed Hilal yang sudah berstatus bapa muncul.

“Tak berhubung tak bermakna tak berhubungan. Bercerai fizikal tak bermakna bercerai emosi. Melepaskan pernikahan tak semestinya tak lagi mencintai. Hilang di mata tak bererti hilang di hati.” – SYED HILAL

Takdir terus membanting Ruby, menekan dan menguji. Saat dia diculik oleh ceti haram, tiga pemuda bergabung untuk menyelamatkannya. Dapatkah Ruby mengecap bahagia atau cintanya berkubur dengan kekasihnya? Lahaulawalaquwwataillabillah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Dan sesungguhnya, jihad terbesar adalah menentang kejahatan sendiri!

9. Perancangan bandar selamat di Malaysia

perancangan bandar selamat012

Pengarang : Kamarudin Ngah

Imprint  : Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka , 2015

Muka surat :  282 ms

Sinopsis :

Perancangan Bandar Selamat di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaan merupakan penulisan penting dalam bidang perancangan pembangunan bandar, pembangunan komuniti dan kerja sosial, perancangan pencegahan jenayah dan bidang kriminologi. Peningkatan kadar jenayah khususnya di bandar-bandar utama masa kini menjadikan konsep bandar selamat perlu dihayati sepenuhnya oleh para perancang dan pembuat atau pelaksana dasar. Pada waktu yang sama pendekatan dan pelaksanaan bandar selamat diterapkan dalam elemen-elemen dan amalan perancangan bandar di Malaysia, dengan harapan masalah jenayah dan perasaan fear of crime dalam kalangan masyarakat bandar dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Dengan mengambil bandar raya Alor Setar sebagai kajian kes, pelaksanaan dan penghayatan konsep bandar selamat dinilai bagi mencari jawapan kepada penyelesaian masalah jenayah bandar ini.

10. Praktik solat jenazah dan pengurusannya

praktik solat jenazah007

Pengarang : Zul Aimran Omar

Imprint : Batu Caves :  Must Read ,  2017

Muka surat : 93 ms

Sinopsis :

Setiap daripada kita pasti akan menerima berita kematian seseorang, sama ada kematian ahli keluarga ataupun kenalan. Maka, ketika itu pengetahuan tentang tatacara solat jenazah dan pengurusan jenazah perlulah diketahui sebagai persediaan menghadapi saat itu.

Kembali ke Arkib Pengumuman