header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

1. Amalan Islam di Malaysia

Amalan Islam di Malaysia

Pengarang  :  Azis Jaktar Soraji         

Imprint  :  Shah Alam :  Oxford Fajar  , 2017 

Mukasurat :  197 ms 

Sinopsis:

Buku Amalan Islam Di Malaysia di hasilkan berdasarkan Mata Pelajaran UMUM yang bertemakan Malaysia.  Buku ini menjadi rujukan utama pelajar peringkat Diploma sebagai salah satu kursus wajib bagi Kod MPU 3.  Kurusu ini dirangka bagi tujuan mengukuhkan kefahaman para pelajar terhadap amalan-amalan Islam yang menjadi teras dalam kehidupan seharian.  Di samping itu, buku ini dirangka bagi membuka minda pelajar agar dapat berhadapan dengan situasi masa ini dengan berpandukan jaran Islam yang sebenar.  Buku ini amat sesuai  di jadikan panduan dan rujukan oleh pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam kursus wajib Mata Pelajaran Umum (MPU).

Kandungan buku ini ditulis berdasarkan rujukan daripada sumber yang pelbagai dan mutakhir serta digarap dengan rapi untuk memenuhi aspirasi pelajar agar mampu memahami tasawur Islam dengan lebih baik.  Buku ini mengandungi 10 bab , iaitu manusia dan agama, Asas-asas Islam, Al-quran dan sunah, sejarah kedatangan Islam di Malaysia, Ibadah Solat, Amalan kekeluargaan dan kemasyarakatan Islam , pentadbiran dan pemerintahan Islam, Amalan ekonomi dan kewangan Islam, perundangan Islam dan isu-isu semasa.

 

2Cukuplah Allah Bagi Ku

Cukuplah Allah Bagi ku

Pengarang : Ahmad Rifa’I Rif’an               

Imprint  : Batu Caves :  Al-Hidayah House of Publications , 2018

Mukasurat : 237 ms 

 

Sinopsis:

Saat kita berhadapan dengan keadaan sulit, diterkam kecemasan, dilanda kesedihan, serta berasa hidup penuh dengan tekanan yang tiada penghujungnya, saat itulah kita perlu sedar, bahawa kita masih punya Allah yang tidak pernah berhenti menyaksikan kita berjuang.

Ketika kita berasa menghadapi masalah hidup sendiri.  Ketika kita  bersasa tiada sahabat yang menemani, saat itulah kita perlu melahirkan keyakinan di jiwa, bahawa kita punya Allah yang tidak akan meninggalkan kita sendirian.

Jika tidak ada bahu untuk kita bersandar, maka sungguh setiap saat tetap ada lantai untuk kita bersujud.  Tetaplah bersemangat, jangan putus asa meskipun menghadapi sebesar apa pun masalah.

Katakkan pada jiwaNya :

 AKU TAK SENDIRI, TUHAN BERSAMAKU, TUHAN MELIHATKU,

TUHAN MENDENGARKU!.

 

3. Fundamentals Of Entrepreneurship

Fundamentals Of Entrepreneurship

Pengarang : Sodri Ariffin        

Imprint :  Shah Alam :  Oxford Fajar , 2013

Mukasurat :  273  ms 

Sinopsis :

 

Fundamentals of Entrepreneurship was the culmination of an effort by the Ministry of Higher Education (MOHE) to improve the subject of Asas Pembudayaan Keusahawanan  which is one of the required entrepreneurship modules in the universities. The chapters are written to fulfil the needs of the Malaysian university students and are orientated to local context to make it more relevant and useful, something which is not available in the imported books on the subject.

The book consists of four main parts:
i. Foundation of entrepreneurship
Students will learn the theory of entrepreneurship and related issues especially on the development of entrepreneurship in Malaysia.

ii. Business planning

Students will learn about creativity and innovation, identification of business opportunities, preparation of business plan and business support system for entrepreneurs in Malaysia.

iii. Management of small business

Students will learn about the types of registered business entities, human resources management, marketing management, operation management, financial management, ethics, professionalism and social responsibility

iv. Business practicum

Students will be guided on how to do a business practicum, the recommended practicum report format, business presentation and assessment guidelines.

4Isu-Isu Kontemporari Muslim Di Malaysia 

Isu Isu Kontemporari

Pengarang :  Fahrul Irfan Ishak       

Imprint :  Shah Alam : Exford Fajar , 2016 

Mukasurat : 196 ms  

 

Sinopsis :

Buku Isu-isu Kontemporari Muslim di Malaysia ini dihasilkan berdasarkan tema bagi Mata Pelajaran Umum, iaitu bertemakan Malaysia. Kursus ini dirangka bagi tujuan mengukuhkan kefahaman para pelajar terhadap Islam dan bersedia untuk mengharungi cabaran pada masa akan datang. Kandungan buku ini ditulis berdasarkan rujukan daripada sumber yang pelbagai dan mutakhir. Selain menghimpunkan aspek-aspek penting dalam kehidupan seorang Muslim, modul ini digarap dengan rapi untuk memenuhi aspirasi, iaitu untuk melahirkan seorang Muslim yang holistik dan mempunyai daya saing yang cemerlang. Buku ini mengandungi tujuh bab, iaitu Sejarah dan Perkembangan Islam di Malaysia, Islam dan Ideologi Semasa, Salah Faham terhadap Islam, Isu-isu Kepenggunaan dalam Islam, Isu-isu Kekeluargaan dan Masyarakat, Isu-isu dalam Sains dan Teknologi serta Islam dan Masa Depan.

5. Malaysian Law On Housing Development 4th Ed.

Malaysian Law On Housing Development

Pengarang :  Salleh Buang          

Imprint       :  Malaysia :  Sweet & Maxwell Asia , 2008 

Mukasurat :  302 ms  

 

Sinopsis :

The purchase of housing accommodation is generally the most significant financial undertaking by many Malaysians. The decision taken has long-term effect in the form of a big housing loan commitment that the purchaser takes many years to settle. Many even resort to using their EPF savings to cover all or part of the purchase price. It is thus very important for those who have made or are about to make a property purchase to know all their rights and obligations well.

This new edition of Malaysian Law on Housing Development, written by an author well-regarded in this area of law, makes available to property purchasers and their advisers a convenient and complete reference book presented in easy-to-understand language.

Consideration is given to the new statutory changes affecting this area, including amendments brought about by the Housing Development (Control and Licensing) (Amendment) Act 2007 and the Housing Development (Control and Licensing) (Amendment) Regulations 2007 as well as the self-certification system introduced by the Street, Drainage and Building (Amendment) Act 2007. New case law which interpret and apply the housing development legislative scheme to real life property purchase situations are set out to facilitate understanding of the workings of the law.

Lawyers, real estate professionals, legal counsel in property companies and property purchasers will learn about the following and much more from this book:

  • Protection of property purchasers
  • Licensing of developers
  • Obligations of developers
  • Standard sale and purchase agreement
  • Effect of payment of booking fee
  • Self-certification system
  • Delivery of vacant possession
  • Delay and claim for liquidated damages
  • Supply of water and electricity to property
  • Defects and rights of purchasers
  • Tribunal for Homebuyer Claims and procedure to make claim

6. Malaysian Strata Titles Law And Procedure 

Malaysian Strata Titles

Pengarang   :  I.M. Shukri               

Imprint         : Malaysia :  Sweet & Maxwell Asia , 2010

Muka surat  :  320 ms 

 

Sinopsis :

Strata development is an important part of property development in urban areas. Since 1985 when the Strata Titles Act was introduced, it has been improved greatly to create new opportunities and facilitate various new developments in urban areas including phased development, low-cost development and gated community living. This book is written to provide a simple and practical guide on the law and practice of strata titles, including the application and processing of application for issuance of strata titles, and the management of strata schemes in Malaysia. It further considers and discusses the Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007. It also gives guidance for the preparation and registration of strata schemes.

This book presents the law of strata titles in a practical way. It is written in simple language and provides insights into the actual workings of strata schemes. Potential problems are identified and suggested solutions put forth. The book benefits from the joint input and experience of two authors, one a vastly experienced land administrator and the other an academic carrying out wide-ranging researches in the area of real property development law. 

The comparative perspectives of the law of strata titles in Singapore and New South Wales (Australia) have been provided wherever necessary only to highlight the introduction of strata title law into Malaysia. 

The appendices to the book provide for the easy reference of readers the relevant forms and rules commonly encountered in the practice of strata title law.

This book is an invaluable and timely contribution to the literature on land law in Malaysia. It will certainly benefit land administrators, surveyors, property developers, legal professionals, architects, town planners, estate agents, property managers, academics, researchers and students in understanding the legal and institutional framework provided by the Strata Titles Act 1985.

7. Panahan Cinta Mr.Agoraphobia

Panahan Cinta Mr. Agoraphobia

Pengarang :  Suri Ryana        

Imprint  : Kuala Lumpur :  Suara Hati Publications , 2018

Muka surat : 856 ms.

 

Sinopsis :

Pertemuan pertama di antara Thalia Aysara dan CEO Al-Hayyan Group, Tuan Faleeq Al-Hayyan telah mencetuskan salah faham hingga menyebabkan Tuan Faleeq mengelar Thalia pencuri manakala Thalia pula menggelar Tuan Faleeq sebagai penculik. Walaupun mereka saling bercakaran namun, Tuan Faleeq telah membantu membebaskan Thalia daripada cengkaman Abang Joe, lelaki hidung belang yang beristeri dua. Kebarakan di kilang Al-Hayyan Group telah menyebabkan Thalia secara tidak sengaja menjadi penyelamat Tuan Faleeq. Dan mereka bertemu semula ketika Thalia menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan Group. Kala itu, Tuan Faleeq sedang menghidapi agoraphobia. Lelaki itu kini sering diserang panik apabila berada di luar rumah dan tidak betah berada di khalayak ramai. Tapi, apabila berada dekat dengan Thalia, dia terlupa dengan penyakitnya itu membuatkan keluarga lelaki itu nekad untuk menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh seperti sediakala, Termakan budi dengan Tuan Faleeq sekeluarga menyebabkan Thalia rela disatukan dengan lelaki itu. Motif Thalia cuma satu. Mahu Tuan Faleeq sembuh dari penyakit agoraphobia yang dihidapinya. Bahtera rumah tangga dilayarai dengan rasa gugup dan kekok pada mulanya, tetapi bercambah menjadi hubungan cinta yang mengasyikkan. Bahagia yang terbina diuji saat rahsia silam yang melibatkan dua keluarga ini terbongkar...

 

8.Redha Dengan Tuhan

Redha dengan Tuhan

Pengarang : Muhd Iqbal Samsudin     

Imprint       : Shah Alam :  Grup Buku Karangkraf  , 2019 

Muka surat :  138 ms

 

Sinopsis :

Naskhah istimewa ini buat yang sedang bergelut gelisah dan dihempap kuat dengan ujian mendatang, di samping untuk mereka yang masih dalam perjalanan menuju redha Tuhan. Ikuti juga beberapa kisah inspirasi yang membawa hidup menuju redha Allah dan lebih yakin dengan pertolongan-Nya.

 

9. Resipi Viral Paling Agung

Resipi Viral Paling Agung

Pengarang :  Khairul Hakimin Muhammad             

Imprint       : Shah Alam :  Grup Buku Karang kraf  , 2019

Muka surat :  83 ms   

 

Sinopsis :

Menarik tentang buku ini:

1. Ditulis dan dihasilkan oleh seorang penulis yang mempunyai ramai follower.

2. Penggunaan bahasa yang santai dan tidak formal.

3. Resipi-resipi yang dipaparkan merupakan resipi yang dimuat naik di akaun Facebook beliau dan mendapat share paling tinggi.

4. Terbahagi kepada dua resipi iaitu lauk-pauk dan kuih-muih.

5. Penulis bestseller buku resipi paling agung. ULASAN

10. Suamiku Dajjal 3    

Suamiku Dajjal 3

Pengarang : Aiman Banna i               

Imprint : Petaling Jaya :  Aqada Publications ,  2019

Muka surat :  338 ms

 

Sinopsis :

"Jangan dibina istana bahagia kau di atas sungai yang mengalirnya air mata aku.

Ada sebab Tuhan cipta manusia ada satu hati, bukannya dua!"