header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

1. 10 tips mudah berucap dikhalayak ramai

 10 tips mudah berucap dikhalayak ramai

Pengarang  :  Mohamad Azrin Hassani        

Imprint  :  Jitra  :  ASA MESRA PRINTER , 2016 

Mukasurat : 123 ms 

 

Sinopsis:

Ramai orang boleh berucap tetapi berapa ramaikah yang berani berucap di khalayak ramai?.

Anda ingin berucap di khalayak ramai tetapi tidak tahu bagaimanakah caranya?.

Anda tidak yakin, anda boleh berucap di khalayak ramai tetapi anda berazam untuk berubah?.

Buku ini bakal persoalan-persoalan di atas di samping  membantu sesiapa sahaja yang ingin menggilap potensi diri sebagai seorang yang mahir berucap di khalayak ramai. Buku ini juga menyediakan tips-tips yang praktikal untuk memudahkan anda berucap di khalayak ramai.

 

2. Amalan selepas solat        

 amalan selepas solat

Pengarang : Ustaz Muhadir Haji Joll              

Imprint  : Petaling Jaya :  Geleri Ilmu , 2017

Mukasurat : 143 ms 

 

Sinopsis:

AMALAN SELEPAS SOLAT menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini:

* Wirid al-Qusyasyiah

* Wirid al-Fatihah Imam Ghazali

* Hizbun Nawawi

* Ratib al-Haddad

* Ratib al-‘Attas

* Doa Fakhrul Wujud

dan banyak lagi.

 

3. Bagaimana untuk menjual Unit Amanah dan kenapa pelanggan membelinya

 bagaimana menjual unit Amanah dan kenapa pelanggan membelinya

Pengarang : Chris Gan       

Imprint :  Petaling Jaya :  Leeds Publications , 2011

Mukasurat : 100 ms 

  

Sinopsis :

Buku panduan ini akan menunjukkan anda bagaimana:

  • Mengenalpasti profil risiko-pulangan pelabur, dengan memahami sebab-sebab mengapa pelanggan melabur dalam unit amanah, dan risiko-risiko yang berkaitan pelbagai jenis dana unit amanah yang terdapat dalam pasaran masa kini
  • Mempelajari kemahiran asas penjualan yang berkesan: di dalam buku ini, kami menyediakan pembaca dengan pemahaman yang berguna berkaitan pengetahuan penjualan yang diperlukan,  dan juga perbincangan berkaitan dua kaedah penjualan tradisi dan fokus pelanggan
  • Menjadi penjual yang lebih efektif dengan menajamkan kemahiran penjualan dan juga kemahiran kemanusiaan
  • Memberikan respon yang bersesuaian kepada penolakan yang paling umum dan selalu dilontarkan dalam penjualan unit amanah

 

4. Isu-isu kontemporari muslim di Malaysia   

isu isu kontemporari muslim di malaysia

Pengarang :  Fahrul Irfan Ishak        

Imprint :  Shah Alam : Exford Fajar , 2016 

Mukasurat : 196 ms  

 

Sinopsis :

Buku Isu-isu Kontemporari Muslim di Malaysia ini dihasilkan berdasarkan tema bagi Mata Pelajaran Umum, iaitu bertemakan Malaysia. Kursus ini dirangka bagi tujuan mengukuhkan kefahaman para pelajar terhadap Islam dan bersedia untuk mengharungi cabaran pada masa akan datang. Kandungan buku ini ditulis berdasarkan rujukan daripada sumber yang pelbagai dan mutakhir. Selain menghimpunkan aspek-aspek penting dalam kehidupan seorang Muslim, modul ini digarap dengan rapi untuk memenuhi aspirasi, iaitu untuk melahirkan seorang Muslim yang holistik dan mempunyai daya saing yang cemerlang. Buku ini mengandungi tujuh bab, iaitu Sejarah dan Perkembangan Islam di Malaysia, Islam dan Ideologi Semasa, Salah Faham terhadap Islam, Isu-isu Kepenggunaan dalam Islam, Isu-isu Kekeluargaan dan Masyarakat, Isu-isu dalam Sains dan Teknologi serta Islam dan Masa Depan.

 

5. Love lila

Love lila

Pengarang :  Rin Ahmad         

Imprint       :  Shah Alam :  Grup Buku Karangkraf , 2018 

Mukasurat :  395 ms  

 

Sinopsis :

Tidak ada cinta yang tidak diuji. Tidak ada kesetiaan yang tidak diduga.
 
Alila baharu sahaja putus cinta. Alasan putus cinta ialah kerana perbezaan darjat. Alasan yang dia rasa sangat tak relevan di zaman metropolitan ini. Seorang jururawat sepertinya mana mungkin bergandingan dengan seorang doktor. Malah kedua-dua ibu bapa bekas kekasihnya juga doktor yang hebat maka siapalah dia di mata mereka.
 
Alila bangkit meneruskan hidup. Padanya cinta boleh datang beribu kalinya. Tiada istilah cinta pertama bawa ke mati. Bezanya ditanam satu perasaan agar dia jatuh cinta dengan orang yang setaraf dengannya.
 
Pertemuan Alila dengan seorang jejaka bernama Jude mencambahkan kembali halus. Apatah lagi pada pertemuan pertama dan kedua, sangkanya mereka setaraf dan Juhaidi ini orangnya biasa-biasa sahaja.
“What I am amazed by is, this is the first time I know anyone who created something so techie! I’m so glad that you are not a doctor” - Alila
 
“Alila, about my work. So much of confidentiality is involved. Ada yang saya boleh cakap, ada yang saya kena simpan sendiri. Saya harap sangat awak faham.” – Jude
 Apabila akhirnya status Jude terbongkar, Alila berundur.  Benarkah Jude bukanlah seorang doktor seperti bekas kekasihnya tetapi dia seorang ‘pembunuh’. Mampukah Alila menerima hakikat yang pahit ini? Mampukah Alila teguh dengan pendiriannya apabila rahsia demi rahsia terbongkar?

 

6. Malaysian case studies of urban and regional planning

 Urban Regional planning

Pengarang  :  Mariana Mohamed Osman              

Imprint         : Ombak : IIUM Press , 2015

Muka surat :  179 ms 

 

Sinopsis :

Cities in Malaysia are increasingly faced by ever changing development, Nowadays, the concept of urban and urbanism is regards to problems such as increasing population, multiplicity in number of cities, air and noise pollution and traffic jams evolved in deep variation and changes.  It is obvious that rapid changes in physical and economic development joint with social changes will have an influence on live dynamic of cities.

Sustainability approach to city planning for development in Malaysia is expected to encounter many issues extending from the provision and location of various public facilities to resolving transport and environment related problems including legal issues and also food security for city residents.  To promote sustainable city, the initiatives merged with community development together with physical design without compromising the future needs as sustainable city is a city based on patterns of production and consumption that can be pursued into the future without degrading the human or natural environment.

Cities planning and urban studies is vary broad based subject that covers technical and political process concerned with the control of the use of land and design of the urban environment, including transportation networks , to guide and ensure the orderly development of settlement and communities.  The wide raging topics in this book reflect the virous dimensions of cities and urban planning that is holistic and comprehensive.  One of the key objectives of this book is to provide a platform for town planners to share new ideas and experiences on cities and planning.  The edited book has addressed the above mentioned sustainable planning issues and challenges in the Malaysian cities in the ten chapters that it contains.

 

7. Never give up! Allah kan ada

 Never Give Up Allah kan Ada

Pengarang :  Ustaz Hanafiah Abd Malek       

Imprint  : Shah Alam  :  Grup Karangkaraf , 2018

Muka surat : 234 ms.

 

Sinopsis :

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Kadang berada di atas kadang berada di bawah. Hidup ini juga seperti laut. Adakalanya tenang, dan adakalanya bergelombang di hantam badai. Itulah kehidupan. Ujian dan musibah? Setiap orang akan lalui semua itu, sesuai dengan kadar kemampuannya. Itu janji Allah. Jangan pernah sekalipun berkeluh kesah dan berasa seperti dibebani. Jangan membiasakan diri selalu berfikiran negatif, kerana jika kita terus menerus dirundung rasa khuatir, maka sampai bila pun kita tidak akan boleh meraih apa yang kita mahukan. Yang ada hanyalah kegelisahan yang akan mendampingi kita, sedangkan kita perlu ingat bahawa kegelisahan itu adalah milik mereka yang selalu berputus asa. Dan Allah sangat tidak menyukai orang-orang yang cepat give-up. Jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan menimpa kita. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati. Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah. Jangan putus asa hanya kerana Manusia. Jangan menyerah hanya kerana urusan dunia. Ingat, ada Allah. Dia Maha Segalanya.

 

8. Perancagan bandar selamat di Malaysia : konsep dan pelaksanaan

 Perancangan Bandar Selamat Di Malaysia

Pengarang : Kamarudin Ngah     

Imprint  : Kuala Lumpur  : Dewan Bahasa dan Pustaka , 2015 

Muka surat :  282 ms

 

Sinopsis :

Perancangan Bandar Selamat di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaan merupakan penulisan penting dalam bidang perancangan pembangunan bandar, pembangunan komuniti dan kerja sosial, perancangan pencegahan jenayah dan bidang kriminologi. Peningkatan kadar jenayah khususnya di bandar-bandar utama masa kini menjadikan konsep bandar selamat perlu dihayati sepenuhnya oleh para perancang dan pembuat atau pelaksana dasar. Pada waktu yang sama pendekatan dan pelaksanaan bandar selamat diterapkan dalam elemen-elemen dan amalan perancangan bandar di Malaysia, dengan harapan masalah jenayah dan perasaan fear of crime dalam kalangan masyarakat bandar dapat ditangani dengan sebaik-baiknya. Dengan mengambil bandar raya Alor Setar sebagai kajian kes, pelaksanaan dan penghayatan konsep bandar selamat dinilai bagi mencari jawapan kepada penyelesaian masalah jenayah bandar ini.

 

9. Prinsip dan metodologi penilaian harta tanah

 Prinsip dan metodologi penilaian harta tanah

Pengarang :  Ahmad Ariffian Bujang            

Imprint  : Skudai :  UTM , 2018

Muka surat :  183 ms   

 

Sinopsis :

Buku ini merupakan satu penulisan yang berkaitan dengan aspek prinsip penilaian dan pelaburan harta tanah.  Penulisan ini mengandungi prinsip-prinsip asas bagi penilaian dan pelaburan harta tanah, termasuklah konsep nilai, sifir penilaian, kaedah dan teknik penilaian, konsep pelaburan serta penggunaan kaedah pelaburan dalam penilaian harta tanah.  Di samping itu, penulisan ini juga memuatkan kaedah dan teknik untuk menilai beberapa jenis harta tanah seperti, kediaman, perdagangan, perindustrian, tanah pembangunan dan pertanian serta teknik bagi penulisan laporan dan nilaian.

Buku ini boleh dijadikan panduan dan memberi manfaat kepada pelajar atau sesiapa jua yang membacanya. 

 

10. Mau’izhah Hasanah 4 : Talian hayat di Barzakh      

 Talian Hayat di Barzakh

Pengarang : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani                

Imprint : Petaling Jaya :  Galeri Ilmu ,  2018

Muka surat :  193 ms

 

Sinopsis :

Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh ialah buku terakhir dalam siri Mau‘izhah Hasanah. Buku ini menekankan perkaitan antara kita yang masih hidup dengan mereka yang sudah meninggal dunia. Sesungguhnya alam barzakh sangat menggerunkan dan menakutkan, maka sewajarnya kita mempersiapkan sebanyak mungkin amal sebagai bekal untuk ke sana. Namun jika bekal yang dibawa tidak mencukupi, apa lagi daya yang ada saat kita sudah tiba di barzakh? Hanya doa dari mereka yang masih hidup akan memberi kelegaan. Doa orang Mukmin membantu ahli kubur seperti talian hayat di barzakh.