header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

1. Penyelidikan  Pasaran Hartanah Bagi Projek Pembangunan  

Penyelidikan Pasaran Hartanah

Pengarang :  Rosli Said       

Imprint        :  Kuala Lumpur :  Penerbitan UM , 2018 

Mukasurat  :  117 ms   

Sinopsis :

Buku ini dapat menambah kefahaman baru terhadap pasaran hartanah dalam kalangan bakal penyelidik dan membantu para penyelidik membuat keputusan yang betul semasa pelaksanaan penyelidikan sekali gus menyumbang kepada projek pembangunan hartanah yang berdaya maju.

Diolah dalam Bahasa yang mudah, buku ini amat sesuai bukan hanya untuk bacaan dan panduan bagi khalayak khusus (perunding hartanah, ahli ekonomi, pemaju, ahli akedemik, ahli kewangan dan para penyelidik) malah juga sesuai sebagai bacaan khlayak umum.

2.Property Portfolio Development In Malaysia  

Property Portfolio

Pengarang  :  Muhammad Najib Mohamed Razali         

Imprint         :  Skudai  :  Penerbitan UTM , 2019

Muka surat :  116 ms 

Sinopsis :

Property portfolio management has seen growing demans in real estate industry in years as the global market capitalization becomes bigger.  This book brings together diverse knowledge regarding property finance matters, ranging from emerging issues and data analysis using modern time series techniques.  It discusses the impacts of global financial crisis to property portfolio market performance overviews global listed property comparies including some Malaysian listed property companies, and outlines performance analyeis of these companies within global property portfolio markets.  The book also covers  Islamic real estate investment trusts in which Malysia has become the first country to establish his innovative investment scheme.

The book presents various range of analyses using advanced statistical techniques such as the Granger Causality Test, Unit Root Test, Efficient Frontier and sharpe ratio.

3.Real Case Rumah Lelong  

Rumah Lelong

Pengarang :  Adlina MN   

Imprint  : Kajang : Media Creative , 2020

Muka surat :  174 ms

Sinopsis :

Buku ini adalah kesinambungan dari edisi pertama “Rumah lelong A to Z”.

Berbeza dengan edisi pertama yang memperincikan prosedur lelongan dari mula hingga selesai dicantikkan, buku kedua ini menceritakan kisah sebenar beberapa kes rumah lelong yang pernah dibida dan dikendalikan oleh penulis.

Kisah yang penuh dengan percaturan, rintangan dari segi perundangan dan perbankan.  Semuanya menuntut kesabran yang tinggi, mengusik jiwa dan emosi. Akhirnya, harus diakui arena lelong hanya untuk mereka yang berjiwa kental.

Realitinya bukan hanya ada keseronokan apabila rumah dimenangi dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran tetapi juga masalah dan rintangan yang dating bersamanya.  Sama ada ia membuat anda ketagihan  untuk menang rumah lelong lagi ataupun mimpi ngeri yang membuat anda serik untuk membida.

4. Rumah Lelong A To Z

Rumah Lelong Ato z

Pengarang :  Adlina MN          

Imprint  : Kajang :  AMN Media Creative , 2018

Muka surat :  111 ms   

Sinopsis :

Buku ini bakal membongkarkan rahsia:

  • Memilih rumah lelong yang terbaik
  • Mengetahui langkah mudah membeli rumah lelong
  • Menangani risiko rumah lelong
  • Teknik lulus pinjaman dengan cepat
  • Cara maksimumkan keuntungan  dengan pembelia rumah lelong
  • Mempercepatkan proses loan disburses

5. Nota Kewangan Sentap

Nota kew sentap

Pengarang :  Harith Faisal      

Imprint :  Petaling Jaya :  Geliri Ilmu , 2018

Mukasurat :  154 ms 

Sinopsis :

Buku Ini Saya Hasilkan Sebagai Buah Tangan Saya Kepada Anak Muda. Digarap Khas Secara Santai, Sentap Dan Sempoi Untuk Anak Muda Yang Sedang Mencari Jalan Cari Rumah Pertama, Hala Tuju Kewangan Dan Kehidupan Yang Lebih Baik.

6. Pemburu Hartanah

Pemburu hartanah

Pengarang :  Abe Nazz       

Imprint : Petaling Jaya :  Geleri Ilmu , 2018 

Mukasurat  :  260 ms  

Sinopsis :

Himpunan kisah benar dan ilmu teknikal asas pelaburan hartanah binaan pemaju.

Pemburu Hartanah adalah satu daripada dua jilid Daimyo No Sakuhin. Daimyo itu bererti Raja Negeri pada zaman Perang Sengoku di Jepun. Daimyo berkuasa penuh bagaikan seorang raja dan mengenali setiap inci tanah jajahannya.Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai Daimyo Setia Eco Park. Beliau meminati hartanah di jajahan Barat dan Utara Greater Kuala Lumpur (GKL). Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction / undercons).

Ibu dan bapa Daimyo Eco Park ini kedua-duanya ialah bekas guru sekolah. Maka, di sinilah datangnya kemahiran beliau untuk mendidik dalam susun atur yang ringkas tetapi padat.Beliau sedar untuk melangkah jauh dalam pelaburan undercons, beliau perlu mencari enam lagi Daimyo dari kawasan jajahan lain. Setelah berjaya mengumpulkan enam Daimyo, beliau mula mengumpulkan pelabur-pelabur undercons yang tegar.

Wawasan beliau ialah untuk menubuhkan sebuah Koperasi Jaegers sebelum 2020 yang akan melabur dalam pemaju-pemaju yang mempunyai potensi, melabur dalam hartanah komersial seperti hotel, dan melabur dalam tanah-tanah yang bisa dimajukan.

Buku ini ditulis dengan niat untuk melengkapkan ilmu asas dalam pelaburan undercons. Buku ini akan disusuli dengan Siri 2 yang padat dengan tip dan strategi yang lebih kompleks. Apa yang pasti, pelaburan undercons ialah satu pelaburan yang bermula dengan modal yang minimum, yang perlu dijalankan dengan penuh agresif tetapi masih perlu berhati-hati, yang akhirnya mampu menjana laba yang besar.

Diharapkan pembaca akan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada perkongsian 15 tahun ini. Apa yang ingin disampaikan ialah orang makan gaji pun boleh melabur hartanah bernilai jutaan ringgit sekiranya ilmu hisab undercons adalah mantap!

7. Lasik untuk Jiwa

Lasik utk jiwa

 Pengarang : Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad       

Imprint  : Petaling Jaya :  Geliri Ilmu  , 2017

Mukasurat : 158 ms 

Sinopsis:

Seorang kanak-kanak keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.

 “Awak ini siapa?” tanya kanak-kanak itu.

“Saya ini Kebahagiaan,” jawab lelaki pertama.

“Saya, Kejayaan,” jawab lelaki kedua.

“Saya, Kekayaan,” jawab lelaki ketiga pula.

“Awak pilihlah sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak,” kata lelaki bertiga itu.

Setelah kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagiaan. Apabila Kebahagiaan masuk, Kekayaan dan Kejayaan pun turut masuk ke dalam.

Justeru, marilah pada hari ini kita niatkan, “Saya ingin bahagia dan membahagiakan.” Bagaimana untuk bahagia? “Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.”

"Lasik Untuk Jiwa" adalah pendekatan Prof Muhaya dalam membantu merawat penyakit rohani. 

Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan ‘dalaman’ (spiritual /kerohanian) mereka. Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.

8. Rakyat Stereng Lawan Gawat 

Rakyat Stereng lawan gawat

Pengarang :  Mimi Salleh 

Imprint  :  Semenyih :  Kasi Terbit  , 2020

Muka surat :  171 ms.

Sinopsis :

Semenjak akhir tahun 2015. Mimi Salleh, seorang bekas wartawan telah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke lokasi-lokasi tugasan dan kegunaan harian.  Sepenjang tempoh itu, sembang santai di antara Mimi dan pemandu-pemandu e-hailing telah memberi perspektif menarik mengenai kisah rakyat Malaysia, yang atas pelbagai factor, mencari pendapatan tambahan melalui e-hailing

Buku  ini memuatkan 30 kisah benar orang biasa-biasa yang berusaha melawan kesempitan kewangan dan tekanan kerja.  Kisah pegua jenayah, bodyguard Menteri dan penjual santan menjadikan cerita-cerita di dlam buku ‘RAKYAT STERENG LAWAN GAWAT” elsklusif.