1. Undang-Undang Tanah Lesen Penduduk Sementara Dan Permit 2nd ed.
Pengarang : Abdul Aziz Hussin
Imprint : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , 2015
Mukasurat : 120 ms
Sinopsis :
Land titles, registration and transfer, land tenure, law and legislation, Malaysia; commentary.
2. The Auctioneer’s Guide To Real Estate Auctions In Malaysia
Pengarang : Wan Nor Azriyati Wan Abd Aziz
Imprint : Kuala Lumpur : UM Press , 2017
Muka surat : 77 ms
Sinopsis :
"This book concludes with valuable insights for improving the current auctioneer's profession in Malaysia. The contents of this book are based on authors' previous research and experiences in this area"-
3. Building Economics And Obsolescence
Pengarang : Abdul Ghani Khalid
Imprint : Skudai : UTM Press , 2019
Muka surat : 110 ms.
Sinopsis :
Past student of building obsolescence have shown that uncertainly in forecasting the financial impact of obsolescence has resulted in many commercial office buildings to prematurely end their economic life. This situation can be avoided if financial impact caused by attributes of obsolescence are estimated, analysed and forecasted during design and cost planning stage. Attributes of obsolescence consist og group, subgroup and individual variables of obsolescence which can cause severe financial impacts that eventually shorten the economics life of building.
This book focuses on using hedonic price models, which are driven by consumerism and econometric models as tools to forecast and estimate each attribute of obsolescence on the economic life of building. The robustness of hedonic price models was successfully tested and validated as reliable tools to measure and analyse financial impacts.
4. Beri Dua Minit : Fikir, Amal & Sampai
Pengarang : Muhd Kamal Ibrahim
Imprint : Damansara : Galeri Ilmu , 2019
Mukasurat : 203 ms
Sinopsis :
Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya. Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam. Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan.
Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya, “Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis. Insya-Allah ... boleh jadi ilmu bermanfaat.”
Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuanya menunggu kerana fikiran mereka tidak terbeban dengan masa yang diminta. Ia unsur psikologi yang bernas. Ketika berpeluang ... saya menggunakan teknik BDM ini untuk membina taman syurga pantas dan indah di mana sahaja. Saya tidak berbohong dan saya tunaikan janji dua minit tersebut. Sesekali ada seminit dua masa kecederaan.
Lalu saya bukukan BDM ini – barangkali – boleh diambil panduan oleh ibu bapa, pensyarah, guru, ahli usrah atau ketua jabatan dengan sedikit ubah suai menyampaikan tazkirah ringkas. Mungkin memadai untuk menjadi bacaan penambah ilmu. Ia ringkas tetapi saya fikir signifikan. Moga diterima Allah SWT sebagai ilmu bermanfaat.
5. # Cantik : Wanita Seindah Mutiara
Pengarang : Norhafizah Musa
mprint : Batu Caves : Publishing House , 2017
Muka surat :108 ms
Sinopsis :
Kecantikan adalah fitrah kurniaan Allah s.w.t. yang tidak mampu dielak ataupun dinafikan oleh sesiapa di dunia. Makna kecantikan dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecantikan lahiriah dan kecantikan rohaniah.
Kecantikan lahiriah atau luaran adalah kecantikan fizikal yang dapat dilihat terus oleh mata kasar.
Kecantikan rohaniah adalah kecantikan dalaman yang diukur dan dinilai dari hati ke hati.
Keadaan hati dan iman yang menentukan tahap dan nilai kecantikan yang ada pada diri seorang wanita.
6. Sahabat Dunia Akhirat
Pengarang : Asma’ Harun
Imprint : Damansara : Galeri ilmu , 2020
Mukasurat : 179 ms
Sinopsis:
Persahabatan adalah nikmat yang indah bagi setiap manusia. Sahabat yang baik adalah anugerah daripada Allah Taala. Ustazah Asma’ Harun inginkan setiap pembaca dan pengikutnya di media sosial menjadi sahabat yang baik dan memilih sahabat yang baik supaya keindahan persahabatan itu dapat memberi manfaat kepada kedua-duanya di dunia dan akhirat. Justeru, madah dan kata-kata beliau yang disampaikan secara santai dibukukan sebagai suatu nasihat daripada seorang sahabat kepada sahabatnya yang dikasihi kerana Allah Taala.
7. Be cool
Pengarang : Bonda Nor
Imprint : Petaling Jaya : Geleri ILMU , 2016
Mukasurat : 177 ms
Sinopsis:
Sequel kepada "Pujuklah Hati".
Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua' orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.
8.Katak Di Luar Tempurung
Pengarang : Syed Alwi AlAtas
Imprint : Damansara : Galeri Ilmu , 2017
Mukasurat : 129 ms
Sinopsis :
Man ‘arafa Nafsah ‘arafa Rabbah
Jangan sekali-kali membunuh impian yang baik. Selama impian itu mulia dan tidak bertentangan dengan agama, maka sila kejar dan raih. Jangan biarkan orang lain menguburkan impianmu. Impian itu adalah permulaan daripada sebuah pencapaian.
Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan.
Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.
9. Breast Cancer Surviror Cookbook
Pengarang : Hazreen Abd Majid
Imprint : Kuala Lumpur : Universiti Malaya , 2007
Muka surat : 59 ms
Sinopsis :
This book intended for those who wish to make a difference in their cooking practices. It is important for both breast cancer survivors and general public out there to understand that cooking healthy dishes is possible without jeopardizing the taste and quality of the dishes. Adopting healthy lifestyle is an important strategyto ensure each individual can minimize their chances from developing non-communicable diseases. Eating healthy and having varieties in the food intake is one of the important elements in disease prevention.
This book starts with the recipes for breakfast, main course dishes, dessert and some healthy tips at the end. It also provides the nutritional breakdown for each dish thus will help the users to understand more about the recipes / nutrient content. The uniqueness of this book is shared recipes by our breast cancer survivors and not just by the diet experts. The recipes were modified so that the dishes can be nutrition and tasty. This book will benefit the breast cancer survivors particularly and general public
10. Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita
Pengarang : Prof. Dr. Hamid Arshat
Imprint : Damansara : Galeri Ilmu , 2018
Muka surat : 162 ms
Sinopsis :
Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul.
Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu. Antara perkara PERLU TAHU yang ada dalam buku ini:
• Panduan untuk Hamil
• Merancang Jantina Bayi
• Perkembangan Janin
• Rangsangan Sensori Prenatal
• Makanan Terbaik untuk Kehamilan
Bukan itu sahaja, turut diperjelaskan:
• Kompilkasi kehamilan
• Pendarahan Sewaktu Awal Kehamilan
• Pendarahan Peringkat Akhir Kehamilan
• Toksemia Kehamilan
• Mencegah Keguguran
• Mengatasi Kecacatan Bayi,
Dan banyak lagi.