header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

1. Undang-Undang Pengambilan Tanah

Undang Pengambilan Tanah

 

Pengarang  :  Abdul Aziz Hussain           

Imprint  :  Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka, 2018 

Mukasurat :  589 ms 

Sinopsis:

Tanah merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan kita.  Tanah digunakan manusia untuk pelbagai tujuan, iaitu dijadikan Kawasan pertanian, tempat tinggal, infrastruktur seperti jalan raya, pengairan, tembok dan padang rekreasi, dan sebagainya.   Dalam kebanyakkan negara, tanah dimiliki sama ada oleh kerajaan atau tanah beri milik.    Di Malaysia, kebanyakan tanah dimiliki Pihak Berkuasa  Negeri.   Semakin  negara maju, semakin banyak  kemudahan insfrastruktur yang perlu di bina untuk kegunaan awam.   Dalam banyak kes, tanah yang diperlukan itu merupakan tanah beri milik.  Sehubungan dengan itu, kerajaan atau badan berkanun berkenaan perlu mengambil tanah tersebut,  iaitu mengikut Perlembagaan Persekutuan, melalui proses undang-undang tertentu, dan membayar pampasan yang mencukupi.

Buku ini membincangkan undang-undang berkenaan pengambilan tanah ( iaitu peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pengambilan Tanah 1960) secara terperinci yang menyentuh proses atau prosedur yang mesti di patuhi, dan juga kaedah menilai pampasan yang mencukupi.  Beberapa undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan pegambilan tanah, turut di bincangkan dalam buku ini.

2. Pengurusan Harta Tanah

Pengurusan Harta Tanah

Pengarang : Faizul Ridzuan          

Imprint  :  Parit Jaya :  Penerbit UTHM,  2019 

Mukasurat : 110 ms 

Sinopsis:

Tujuan buku ini adalah untuk dijadikan rujukan sesiapa yang ingin lebih tahu berkenaan pengurusan harta tanah secara menyeluruh.  Perspektif yang diterangkan dalam buku ini adalah dari sudut memenuhi kehendak pelanggan dalam pengurusan harta tanah.

Seorang pengurus harta tanah harus memahami kehendak pelanggan semasa menjalankan peranan sebagai pengurus harta tanah.  Dia harus peka tentang kehendak pemilik harta tanah yang melantiknya sebagai ejen untuk meenjalankan tugas di bawah skop kerja yang di persetujui serta akan cuba memuaskan kehendak pemilik dari segi pemulangan kepada pelaburan ke atas harta tanah yang telah dibuat.

Dengan ini adalah diharapkan kefahaman pengurusan harta tanah dalam konteks yang lebih besar iaitu memahami serta memuaskan kehendak pelanggan yang diterangkan dalam buku ini akan membantu pengurus harta tanah dalam menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.

3.Jerat Kewangan & Hartanah

Jerat Kewangan Hartanah

Pengarang :  Ieza Yusof         

Imprint :  Puchong  :  Ieza Yusof Consultancy sdn Bhd , 2017 

Mukasurat : 196 ms 

Sinopsis :

Penulis menulis berdasarkan pengalaman yang di alaminya.  Dengan pengalaman yang ada membantu beliau untuk menasihatkan orang ramai dalam kerjayanya sebagai seorang perunding perancangan kewangan dan pengurus risiko kewangan

Buku ini mengandungi kisah pelaburan beliau ; tip bagi mengelakkan jerat kewangan dan hartanah; strategi mencipta, menguruskan dan mengembangkan pendapatan; asas kewangan, Kad kredit, pembelian hartanah, dan pelaburan; pembinaan profil kewangan dan perstrukturan semula kewangan; serta bahagian yang paling menarik: tip memprogramkan ilmu perancangan kewangan dan pelaburan dalam diri anak-anak

4.Buat Untung Dengan Rumah Sewa

Buat Untung Dgn Rumah Sewa

Pengarang :  Syahman Abu Hasan         

Imprint :  Semenyih  :  Kasi Terbit ,  2019 

Mukasurat : 170 ms  

Sinopsis :

Sublet atau sewa atas sewa adalah satu cara buat duit daripada rumah sewa.

Anda memang boleh jana wang daripada rumah yang anda sewa. Tak perlu beli pun unit tu.  Penulis menulis berdasarkan pengalaman beliau menjana pendapatan hasil dari kerja ini.  Penulis juga mencatatkan langkah demi langkah bagaimana ingin menceburi bidang ini dan bagaimana beliau dapat menambah bilangan rumah yang beliau miliki .

5.Caveat Rumah Lelong

Caveat Rumah Lelong

Pengarang  :   Shafie Bustan        

Imprint        :    Kajang  :  Shafie  Bustan, 2017 

Mukasurat  :    162 ms  

Sinopsis :

Caveat Rumah Lelong adalah perkongsian kisah benar seorang pelabur rumah lelong tegar yang anda wajib baca. Di dalamnya padat dengan ilmu dan tips yang boleh membantu pembida mengurangkan risiko dan memaksimakan keuntungan hingga beratus ribu ringgit.

Penulis menulis perjalanan awal proses Caveat rumah lelong, semasa lelongan di buat dan perkara-perkara yang perlu di buat dan diambil tahu selepas proses lelongan. Dan tindakan-tindakan susulan selepas anda menang lelongan tersebut.  Beliau juga memberi tip-tip yang berguna untuk melancarkan lagi proses kerja ini. Ilmu ini hanya dapat anda perolehi melalui pembacaan buku ini.

6.Hartanah Barakah

Hartanah Barakah

Pengarang  :  Ahmad Husni Abd Rahman            

Imprint        :   Batu Caves :  Puiblishing House, 2019

Muka surat :   148 ms 

Sinopsis :

Imam Al-Ghazali menyebutkan kepentingan sebuah rumah dan hartanah kepada umat. Katanya umat boleh jadi rosak dan punah sistem kemasyarakatannya dan terdedah kepada bahaya sosial tanpa institusi rumah. Sultan Abdul Hamid II sewaktu pemerintahan terakhir kerajaan Uthmaniyyah menghalang keras penjualan hartanah bumi Palestin kepada tangan-tangan Yahudi atas dasar umat Islam perlu memiliki haratanah sendiri. Hilang tanah bermaksud hilang negara dan pertiwi! Justeru, perjuangan hartanah ini bukan sesuatu yang hanya bermatlamatkan materi, ia lebih suci dan murni jikalau diteliti. Dalam memiliki rumah dan hartanah, ada perjuangan yang suci dan murni.

Hartanah Barakah cuba merungkai beberapa aspek penting dalam pembinaan dan pemilikian sebuah hartanah mengikut panduan syariat.

7.Urus Rumah With Hani

Urus Rumah With Hani

Pengarang :  Dr. Hani Mynis        

Imprint  :  Batu Caves :  Open Bridge, 2019

Muka surat : 247 ms.

Sinopsis :

Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan.

Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru. Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya.

Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.

ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: Pengurusan Makanan

  • • Perancangan Menu
  • • Pembelian Bahan Mentah
  • • Penyediaan Awal Bahan Masakan
  • • Proses Menyediakan Hidangan

Bahagian 2: Pengurusan Pembersihan Rumah

Bahagian 3: Pengurusan KewanganKandungan

8.Amalan Selepas Solat

Amalan Selepas Solat

Pengarang :  Muhadir Haji Joll      

Imprint  :  Petaling Jaya :  Geleri Ilmu, 2017

Muka surat :  146 ms

Sinopsis :

AMALAN SELEPAS SOLAT menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini:

  • Wirid al-Qusyasyiah
  • Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
  • Hizbun Nawawi
  • Ratib al-Haddad
  • Ratib al-‘Attas
  • Doa Fakhrul Wujud
  • Yasin & Tahlil dan banyak lagi.

9.Akidah Ahli Iman 

Akidah Ahli Iman

Pengarang :  Ayman Al-Akiti          

Imprint  :  Petaling Jaya :  Geleri Ilmu, 2019

Muka surat :  44 ms

Sinopsis :

Buku ini adalah kitab akidah yang berpaksikan kepada akidah Asd’ariyyah yang merupakan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Susunan kitab ini terdiri daripada fasal tentang ketuhanan. Kenabian, dan perkara-perkara ghaib yang wajib di Imani.  Kitab ini juga membahas perkara-perkara penting seperti tanda-tanda kiamat iaitu terzahirnya Dajjal, datangnya Imam al-Mahdi dan turunnya Nabi isa a.s.

10.Didik Anak Cemerlang  :  Petua Untuk Ibu Bapa

Didik Anak Cemerlang

Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim            

Imprint  :  Petaling Jaya :  Geleri Ilmu,  2019

Muka surat :  201 ms 

Sinopsis :

Didik Anak Cemerlang (DAC) merupakan buku petua atau menyemai idea untuk mereka yang bakal atau baru melangkah ke alam rumah tangga. Penulis berkongsi 15 petua yang wajar dipertimbangkan oleh ibu bapa untuk melahirkan anak yang cemerlang. 

Cemerlang bukan dalam erti cemerlang akademik sahaja, tetapi yang lebih penting ialah cemerlang sebagai anak yang soleh.  Terdapat juga 15 anekdot perjalanan kehidupan penulis dalam menimba ilmu yang mahu dijadikan panduan. Ia kisah-kisah yang menceritakan kejayaan dan kegagalan yang dikaitkan dengan kejayaan akademik.

Hari ini, ibu bapa melihat anak-anak perlu cemerlang dari segi akademik, lantas meminggirkan ilmu akhirat mereka. Ibu bapa berkorban apa sahaja termasuk wang ringgit untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.  Inilah yang cuba diperjelaskan oleh penulis bahawa anak yang cemerlang sebenarnya perlu seimbang ilmu dunia dan akhirat.