header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

Kajang, 25 April 2018 – International Real Estate Research Symposium 2018 (IRERS 2018) anjuran Institut Penilaian Negara telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan Malaysia pada 24 April lalu bertempat di Dewan Jubli INSPEN.

Simposium penyelidikan harta tanah antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun sekali ini bertujuan mengumpulkan pakar-pakar industri, ahli akademik, dan profesional dari dalam dan luar negara.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi penganjuran IRERS 2018 kali ini ialah pembentangan kertas kerja, perkongsian ilmu dan pengalaman pakar industri serta ahli akademik, pertandingan poster dan forum harta tanah.

Untuk kali ini, tema ”Emerging Trends and Evolving Diversity in Real Estate” telah dipilih sebagai pokok perbincangan simposium yang bertujuan mencari rumusan yang sesuai bagi mengurus serta memaksimakan nilai harta tanah.

Penganjuran simposium antarabangsa selama dua hari bermula dari 23 hingga 25 April 2018 telah menyaksikan hampir 200 orang peserta dengan beberapa nama besar dalam industri harta tanah antarabangsa serta tempatan berkongsi pentas membentangkan kertas penyelidikan masing – masing

IRERS1    IRERS2    IRERS3    IRERS4    IRERS5 

Kembali Ke Arkib Berita