header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

MESYUARAT PERKHIDMATAN PENERBITAN JABATAN BIL. 2/2021

13 DISEMBER 2021 - Mesyuarat Perkhidmatan Penerbitan Jabatan Bil. 2/2021 telah diadakan pada 13 hingga 15 Disember 2021 bertempat di INSPEN dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr A’zmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (KPPPH).

Turut hadir ialah YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak (Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), YBrs. Sr Rosni Nawati binti Ngah (Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi), YBrs. Tuan Haji Amran bin Mat Yaacob (Pengarah INSPEN), Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah Penilaian Negeri, Penilai Daerah dan Pegawai Kanan Jabatan yang terlibat sebagai panel untuk produk penerbitan Jabatan.

Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memantau penghasilan produk Jabatan serta pemilihan kertas penyelidikan dalaman dan NAPREC untuk dibukukan bagi kegunaan industri.