header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

Majlis Sambutan Hari Inovasi Inspen 2020

27 November 2020

INSPEN telah melangsungkan Majlis Sambutan Hari Inovasi INSPEN 2020 yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Inovasi INSPEN (PPDI) pada 27 November 2020 lalu di Dewan Nusantara INSPEN.

Majlis tersebut telah disempurkan oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari (Pengarah INSPEN) dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Yusneta Idon (Ketua Penyelidikan, Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN) serta para ketua pusat dan unit INSPEN.

Untuk tahun 2020, 3 kategori pertandingan telah dipertandingkan oleh PPDI iaitu Pertandingan Mencipta Slogan Inovasi, Pertandingan Video Pendek Bertemakan "MCO INNOVATION CHALLENGE", dan Pertandingan Projek Inovasi.

Hadiah telah disampaikan kepada para pemenang yang telah dipilih oleh para juri profesional.

Dalam majlis tersebut juga, YBrs. Sr Haji Mohd Nazri telah menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada Pasukan Inovasi INSPEN yang telah memenangi Anugerah Inovasi JPPH 2020.

Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang!