header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

Socmed Konvo 15 INSPEN CS 01
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen INSPEN ke-15 yang telah ditangguhkan pada tahun lepas akibat pandemik COVID-19 bakal diadakan pada 10 Mac 2021 (Rabu) bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
INSPEN telah mula mengedarkan jemputan serta panduan kepada para graduan bagi menghadiri majlis tersebut.
Oleh yang demikian, para graduan dikehendaki membuat pengesahan kehadiran serta membayar yuran konvokesyen secara atas talian sejurus menerima kad jemputan berkenaan.
Graduan serta tetamu dari kawasan PKP/PKPB/PKPP adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan surat kebenaran merentas daerah/negeri dari Balai Polis terdekat masing-masing terlebih dahulu.
Penganjuran majlis tersebut akan dilaksanakan mengikut prosedur serta panduan terkini daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
📍Lokasi Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya