header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

LAWATAN DELEGASI QUEENSLAND UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, AUSTRALIA ( 2 Disember 2019 )

YBrs. Sr Haji Mohd Khairudin Abd Halim, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH Malaysia telah menyantuni kunjungan delegasi dari Queensland University Of Technology Australia (QUT) di Institut Penilaian Negara petang tadi.

Delegasi tersebut diwakili oleh Encik Andrew Paltridge (Associate Dean (International) of Business School) dan Puan Hayley McNeel (Regional Manager of South / South East Asia / Middle East / Pacific of QUT).

Turut serta menerima kunjungan mereka ialah YBrs. Sr Haji A'zmi Abdul Latif (TKPPPH Operasi), YBrs. Sr Abdul Razak Yusak (TKPPPH Dasar Strategik, YBrs Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari (Pengarah INSPEN) serta para pegawai kanan INSPEN yang lain.

 

Kembali Ke Arkib Berita