header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

LAWATAN KERJA BENCHMARKING PELAKSANAAN KURSUS SIJIL EKSEKUTIF INSPEN OLEH INSTITUT UKUR NEGARA (INSTUN)

INSPEN telah menyantuni delegasi daripada Institut Ukur Negara (INSTUN) di Baginda Lounge, INSPEN pagi tadi.

INSTUN yang diwakili oleh Encik Mohd Hizaz Mohd Ibrahim (Ketua Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah) bersama delegasinya telah disambut oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari (Pengarah INSPEN) serta barisan pengurusan INSPEN.

Tujuan lawatan INSTUN adalah untuk mendapatkan kepakaran serta pengalaman INSPEN dalam membangunkan program sijil akademik dan eksekutif.