header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

KUNJUNGAN HORMAT UNITAR INTERNATIONAL UNIVERSITY

16 Mac 2022

Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah menerima kunjungan hormat dari delegasi UNITAR International University. Delegasi ini yang diketuai oleh Puan Malathi Alagu, Pengarah Pembangunan Perniagaan juga telah disambut oleh barisan pengurusan INSPEN.

Di dalam kunjungan hormat ini, satu perbincangan telah diadakan bagi mencari peluang kerjasama strategik antara pihak UNITAR International University dan INSPEN. Selain itu, pihak UNITAR International University juga telah membentangkan mengenai program pembangunan modal insan, program bersifat akademik, sijil pentauliahan bersama dan beberapa pelan strategik di bawah Program Akademik.